Sunday, December 28, 2014

Banjir dan Ujian Allah

Semua dah tau macam mana keadaan negara kita skang ni kan.

Banjir yang luar biasa.

Kematian. Kesejukan. Kelaparan.

Kalau kita tak mampu nak pergi sana untuk  tolong, kita derma lah apa yang patut.

Sedihhhh sangat. Perak turut terlibat.
Hubby aku bertugas sebagai penyelamat. Doakan keselamatan mereka yang terlibat ye.

Ni tadi dapat tau pesawat QZ8501 dah hilang. Mohon sangat,tak perlu ada yang menganalisis pesawat tu ke mana. Tak perlu lah gebang "oooo,pakcik aku yang keje dgn Air Asia tu ckp pesawat tu kena hijack"... Tak perlu. Spekulasi yang tak berasas di saat ini adalah sangat tak perlu.

Kita tau nasib MH 370. Ghaib. Hingga kini. Jadi cerita ATM bertungkus lumus prepare beratus ratus beg mayat masa cerita pesawat malang tu hilang ternyata tak benar. Spekulasi tak berasas. Beg mayat konon. Mana mayat nya??? Jangan. Kita bukan orang media. Kita hanya pengguna media sosial. Berita sahih lagi benar sahaja yang boleh kita sebarkan. Spekulasi? Tidakkk.

2014. Tinggal berapa hari je kita nak melangkah ke 2015.

Kita doakan yang baik2 ye.

Allah sedang menguji kita ni.

Kita buat lah yang terbaik.

Masa ujian di universiti,kita pulun kaw2 untuk dapat A++ kan? Ujian dari Pencipta kita ni,kita buat lah sehabis baik.

In sha Allah.

Allah ada. Pasti.

Monday, December 22, 2014

No Monday Blues

*;&_"_/^&;&£&(&€&&£&*&£'=;&$:*
Adoihh..aku dah taip entry ni separuh...ingatkan nak sambung la lepas lunch tadi.
Bukak balik tengok2 dah ilang.......aduihhhh.
Camne boleh ilang ni.
Nape aku tak save tadi. Omaigod.
Sengal.
Ok...terpaksa la aku ringkaskan je apa yang aku telah taip pagi tadi.
Ok...cenggini..
Pagi tadi kemalasan melanda.
Lemau.
Memang malas.
Then aku nak pegi keje tu...aku kena lalu 7 traffic light.
Believe it or not...
5 lampu hijau, 2 lampu kuning which is aku tak stop (korang sila patuhi undang2 jalan raya!).....
So...moral of the story....walopon Malaysia kalah...walopon hari isnin yang syahdu ni kita kena kerja..in fact kita tetap menyalahkan team harimo malaya sebab kalah...tapi still Allah permudahkan urusan kita..
See?
Kerja aku hari ni plak senang..dan tak rumit...
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.
Kau beri yang terbaik untuk aku.

Sunday, December 21, 2014

TEWAS DENGAN BERGAYA!!

Malam tadi game yang kita nanti nantikan...telah berakhir...
AFF SUZUKI CUP 2014..Menyebelahi team Thailand. Ok...tak disangkal,thailand memang kuat...menggasak kita dengan pelbagai cara..


Sedih sangat..


Mula2 kita ok..
Pastu macam kelam kabut bila thailand berjaya membolos  gawang kita pada 2nd half time.

Ada yang menyalahkan Farizal..sebab tak tolak keluar bola tu..hanya tepis  buat syarat je..
Ada yang cakap Safee Sali lost..dapat bola pastu terhegeh2 nak pass sampai thailand dapat rebut bola dari dia...Safee tak menyumbang gol langsung la..Safee kurang menyengat la...ada yang suruh Safee "berehat" pun ada...

Pokok pangkal nya,kita tewas sebab tak de rezeki. Corak permainan masih ok...tapi biasa la..ada jugak yang masih mengutuk player kita walaupun diorang dah buat sehabis baik...

Kita tewas dengan penuh gaya. 

Aummmm...harimau mengaum seantero dunia.

Farizal tetap jadi keeper masa 2nd leg malam tadi. 
Apek..mana dikau?


Amboi...gomok nya kucing kita ye...nak sindir player kita ni malas kejar bola ke hape.

Friday, December 19, 2014

AMRAN MENCERIAKAN HARIKU....♡♡♡♡

Page Amran Fans di fb dah cecah 122k orang tawwwwww.
* tepuk tangan sikit..congrates meran!


Sapa dia ni? MERAN ? Meran mana niiiiiiiiiiiii?
Entah..aku mana tauuuuuu.
Manusia yang tinggi sifat kelakarnya, otak 3 suku masak, masuk ayor, ada longgar sikit kat plug socket kepale  hotak dia...ye la kot ;)


Aku start kenal dia.....member aku Deera Adeera yang komen kat satu status Meran ni di fb...aku baca..status Meran dengan komen2 likers dia tu la...pastu aku baca member aku ni komen..,"he's back.." sambil dia tag nama laki dia...
Masa tu aku pikir,retis la kot Meran ni. Asal usul meran ni pun member aku ni jugak yang cite...
Jadi aku pun like. Masa tu page dia tu naik mencanak2 likers nya...lain macam betul...kihkihkih.


Tapi memang lawakkkkkkk. Keras abdomen korang kalo baca status dia. Dengan gambo edit nya lagi. Muka  lelaki mata kuyu pakei uniform Petronas..memula dulu dia cakap dia keje oil and gas...aku ingatkan keje kat pelantar la ni..gaji ribu riban kompom laaa..rupanya stesen minyak petronas..aduihh..aku sekeh jugak dia ni.. .kelakorrrrr wei.
Hadoiiiiii.



Gaya bahasa dia sempoi..bersahaja...comel....konghajo...tepat...padu...terkesan sangat pada ati kita yang membaca nya. Dia bahasa diri dia "amran"...geng pekida hokeyyyyyy..
 3 line! Ketawa lagi. Kahkahkah.


Dia ada anak...Qaseh nama nya...hihihi..
Korang like taw...kelakorrrrrr sungguh wei.
Ada saja idea dia nak membahan kan orang. Tag line dia, "kebodohan ku untuk mereka yang berakal"...hahahaha...


Page dia ni yang ke 3...yang 1st dengan 2 nd tu dah tutup..
Raya puasa ari tu..dia senyap dari up status..
Kendian dia bagitau, "meran senyap sebab sibuk  di kampung, buat macam2 untuk persiapan  raya,bukan macam korang sibuk beron9...macam takde keje..."..lebih kurang macam tu la ayat nya..macam haremmmmm..hahaha
Kena sebijik.

Ni yang paling latest untuk hari ni. Muka tetap muka mamat ni..tapi kepala nya Ada serban..hihi.

Qaseh pun tak lari dari di bahankan...kesian baby qaseh....kihkih



Ini antara yang agak kontroversi...huhuhu..




Memandai je edit kannnn..kunun2 dia memang kontek pilot tu laaa.memang sengalll..hahaha



Tastenya gadis2 yang jelita...keknis, yana samsudin,fazura....hahaha..
Yang itam gemok..dia takmo!
Abis tu skandal sekejap dengan Dina hola cikebum tu apa sudahnya ntahhhh..

Dia siap pesan..sila komen ' sayang meran '  pada status yang dia up tu...tapi pompuan gemuk buruk jangan  komen dan likes. Weiii. Kijammmm kot :)


Lesen memancing  yang agak hot isu nya...memang kaw2 dia bagi. Pedas weiii. Dia bukan lah hentam kerajaan...dia sindir cara halus..memang tajam kalo tertusuk di hati.. Aku dengan kengkawan aku..time makan kang mula la borak pasal meran,..pastu gelak tak hengattt. Aduihh. Meran meran.....mereng la ko ni. 
Tq sebab memberi kami mood yang positif setiap hari. Lawak ko tu memang de bestttt!
Semoga keaslian engko tu masih original..kihkihkih..mende la aku taip ni..

*pada yang tak suka,sila pergi  berhambus dari page meran. Tak payah sibuk nak baca kalo tak suka lawak meran. Aku bukan jenis merepek meraban tak pasal2. Selagi ada batasan,.tak salah kan..ni bila ada yang stalk komen aku kat status meran..mula lah tuduh aku ni suke merepek2...puihhhhhh...ko lagi teruk...stalk komen aku untuk memburukkan aku! Boleyy blahhhh. 
KAMI AMRAN FANS!!!

Family Day .. Corus Paradise Resort...

Hahaha..
Part 3 ada plakkkkkk. Ingatkan dah abis. Cessss tart. Ada gambo lagi rupanya.. kihkihkih...ni aku ambik dari fb opis aku...ade la muka aku selit sikit2...uhuk.


Malam tu ada jamuan makan malam...start kul 8..tapi kitowang terlewat sikit..meja full. Ramai family yang tak dapat meja. Agak marah di situ. Pihak hotel macam takde inisiatif untuk menyediakan meja lain. Alasan nya dah buat extra meja dah pun. Hurm...means ada family yang bawak ahli keluarga terlebih dari jumlah yang di tulis di borang Pengesahan kehadiran untuk program ni la ye...hurmmmm...Sapa yang salah sebenarnya?
Ramai yang bengang..

Dah bawak anak bini, tetiba makan bersepah...
Eh..kenapa ni. Management hotel..tak kan tak nampak kitowang bersidai kat tangga...Ramai yang bertenggek kat tangga tu...ada 5 family kot...
Opismate aku..amik makanan..bawak naik bilik..Hurm..

Ini antara family yang datang awal...dapat meja..selesa..

Aku terpaksa duduk kat tepi2 kolam tu..makan kat benteng kolam tepi tu..selesa la jugak...kesian kat anak anak aku la...diorang ni kalo makan ada meja lagi senang nak control..behave sikit...huhuhuhu..

Masa ni kitowang lepak kat lobi..memula gagah jugak la amik makanan,naik tingkat atas..sebab lobi nya di atas..Dah 2,3 kali turun naik...tak lalu aku...hahaha..
Makan buffet tau la..makan sikit2...amik sikit2...pastu baru balun nasik/main course..last sekali desert,pastry...coffee...
Sudahnya kitowang duduk tepi buffet line tu...hahaha...tu yang bertenggek tepi pool tu..tengok ramai plak yang datang ikut....hahahaha...







En .nasser menggantikan DO merasmikan family day ini..




Makan time...the foods 2 star only. Kurengggggg sikit. Jujur aku katakan, tak kena dengan taste aku. Yang western,so so...yang local food pun non hado! Aku makan salmon masak apa ke ntah...adoihh..rase nak luah kuar dari mulut balikkk. 



Haaaaa..tu tu....salmon tu...nampak takkkkk. Presentation memang class..kepala salmon seketoi dia letak...but the taste....so bad..

Hahahaha..hemak sapa ni. Ni nak bawak diorang pegi tepi pool..laki aku cari port merokok kat situ. 



Cabutan bertuah...
Tapi aku tak bertuah.. :(

Malang tak berbau. Hikhik..tuah tak nampak..hukhuk.




Juara karoke...memang power suara dia. Kurang sikit dari Fiq...hahaha















Ni antara yang sporting berkaroke menyumbangkan siara yang sedia sumbang. Hikhik. Aku tak naik bilik lepas makan tu...tu yang merayau pegi funfair..
Pagi esok nya aku tak join sukaneka. Lantakkk lahhh. Di jiwa masih tersisa gewamm..pasal makan malam takde meja tu la....

Terpaksa la bagi alasan overslept bila ada orang tanya...
Hurm...lenkali ada lagi program camni,kena pikir 200 kali kalo nak join. 
Aku nak support xtvt camni..memandangkan sepanjang aku kerja ni..opis aku jarang buat event camni..

Jadi aku pun join jugak la...bukan lah hadap sangat nak dpt bilik free...tapi tu la..bila ramai sangat yang join..banyak peel..banyak ragam...jadi banyak la perkara yang diluar jangkaan kita terjadi. Nasib baik laki bukan jenis kalo tak puas ati terus blah...
Sebab ada kes masa check in bilik tu..ada opismate aku yang terus kuar sebab dapat bilik tak elok..
See? Management hotel...please fix it. Kot2 terbaca entry aku ni kan..aku tak salahkan urusetia program ni..
Simple thing,selesakan customer yang datang tu.. please them..welcoming them...
Makan bersepah while the others having their dinner on the table...it is not good..
Coz I'm from hospitality and hotel lines too. 
Sekian....

Thursday, December 18, 2014

Kemurungan

Sob sob sob...

Sedihhhhhh...

2 gol gawang kita kena sumbat.
Oh em jee..

Semoga sabtu ni padang kita memberi semangat luar biasa kepada player harimo malaya...
Semoga barisan pertahanan kita akan lebih baik dari game malam tadi.
Semoga penyerang kita akan bertambah galak menggasak gawang pihak Tom Yam...
Semoga kita menang!
Bangun harimo bangun...gajah badan besar..lambat lari...kalo terjatuh lambat nak bangun balik..harimo lari laju..terkam tak kira masa...bergerak umpama petir...Aummmmmmmmmm.

* player no 7 team Tomyam is a GAY...ensem ke...mmmm...boley la...not my taste. Tak jantan sangatttt muka nya..ngehngeh..

Wednesday, December 17, 2014

Upin Ipin Sempena Cuti Sekolah

□ Tajuk :  Angkasa
 Tarikh Tayangan : 11 – 13 Disember 2014  -telah ditayangkan-
Masa : 5.30 petang (7 Minit) Siaran : TV9

Sinopsis: Pada suatu hari, sedang Ros menyiapkan projek Sainsnya, Upin dan Ipin cuba untuk membantu. Ketika itu, Upin dan Ipin mula membayangkan diri mereka sebagai angkasawan dan belajar banyak perkara tentang planet-planet serta fenomena kejadian siang dan malam di angkasa.



■ Tajuk : Hasil Tempatan
Tarikh Tayangan : 14 – 16 Disember 2014 -telah ditayangkan-
Masa : 5.30 petang (7 Minit) Siaran : TV9

Sinopsis: Upin, Ipin dan kawan-kawan didedahkan tentang kepelbagaian buah-buahan tempatan dan cara memakan buah-buahan tersebut melalui tunjuk ajar dari Opah, Ros, Tok Dalang dan Cikgu Melati. Mereka juga belajar tentang kepentingan buah-buahan tempatan kepada kesihatan mereka. 


□ Tajuk : Perangi Rasuah
Tarikh Tayangan : 17 – 19 Disember 2014
Masa : 5.30 petang (7 Minit) Siaran : TV9

Sinopsis: Upin dan Ipin mempelajari sesuatu yang baru iaitu rasuah. Mereka belajar bahawa terdapat pelbagai jenis rasuah dan mereka perlu jauhi dari terjebak. Mereka turut belajar bagaimana untuk melaporkan rasuah dan lain-lain. 


■ Tajuk : Terompah Opah
Tarikh Tayangan : 20 – 22 Disember 2014 
Masa : 5.30 petang (7 Minit) Siaran : TV9

Sinopsis: Upin dan Ipin bangga menunjukkan hadiah keychain terompah yang diberikan oleh Mei Mei, pada Ros dan Opah. Opah beritahu bahawa suatu ketika dahulu, Opah juga miliki dan memakai terompah seperti itu. Sebagai bukti, Opah tunjukkan terompah tersebut pada mereka. Setelah melihat terompah tersebut, Opah mula teringatkan zaman lalunya.


□ Tajuk : Pokok Seribu Guna
Tarikh Tayangan : 23 – 25 Disember 2014
Masa : 5.30 petang (7 Minit) Siaran : TV9

Sinopsis: Pada musim cuti sekolah, Upin dan Ipin dinasihatkan supaya mengisi masa lapang mereka dengan sesuatu yang berfeadah dan bermanfaat. Oleh itu, mereka telah pergi berjumpa Tok Dalang. Di situ Tok Dalang mengajar mereka tentang  berbagai kegunaan tumbuh tumbuhan.. ...

Hari ni episod baru...tengok taw...Tajuknya Perangi Rasuah..
Saya suka saya suka...kata Mei Mei!

* info cedok dari website Upin Ipin..ngehngeh...tq bro!

Tuesday, December 16, 2014

Overslept!!!!

Uhuk.

Pagi ni aku pegi koje terkocoh kocoh. Punchkad pukul 8.30 pagi..
Hambik kauuuu. Eh hambik hakuuuu.

Aku tertido. Pukul 7.10 Baru tersedo..

Arghhhhh..

Camne ni.

Ni Izzara la ni.

Malam tadi dia tido dekat pukul 1.

Huihhhh.

Yang aku geram tu..dia yang ngajak kakak nya main tu...

Marah kang di buat muka sentap..tak lama pun..pastu dia buat lawak. Hahaha. Dengan aku aku sekali gelak.


Aaaaaaa..amhik sekephing...foto exclusive yang tiada dimana mana siaran TV..hanya di blog Azuin sahaja tawwww.

Sila marah dengan kasih sayang.hahaha.
Ekceli ari ni dah gaji tawwww.

Suka ai....timekasih Cik Iputtttt. Cik Iput ni in charge bahagian gaji kat opis  aku ni taw. Kalo dia dah aim sorang tu,siap la next month dia delay kan gaji kau. Ahaksss. Tipu je. Dia ni seorang yang berdedikasi dengan tugasnya. Sila percaya.

Hahaha. 18 HB ni bonus plak.

Gelak kaya la kejap lagik. Kihkih...eh..huargh huargh huargh...

Monday, December 15, 2014

Family Day ..Corus Paradise Resort

Ya ampun..

Tak selesai lagi mempublish entry kepam lagi hapak ni rupanyaaa.

Rupa nya elok je entry tu aku simpan dalam gobok..

OK..meh kita setelkan cerita family day ni. Ecehceh...setel kunun..rasa nya ada lagi yang aku draft pasal Corus Paradise Resort ni..huhuhu.



Session melenjan tilam oleh encik ayah Dan encik anak.
Aku??? Eh..aku lenjan pun takkan aku nak snap bagaiii kot. Tidak. Hahaha.


Lepas abis makan dinner malam tu..tu kitowang pegi main funfair. Oh em jee. Yang encik ayah pun nak naik train kechik tu..gulp..bangla jaga train tu redho je..lantak lu la bro,janji bayar token tu double...hahaha
*encik mak tetap tutup muka*


Ayor pool tu dah bertukor jadi kaler purple kelabu. Ish ish..ramai naw yang berkubang dalam pool tu.


Sebelum check out..skrip wajib kakak semestinya.. "Ammi nanti kita datang sini lagi ye"..


Makam Hang Tuah..

Takkan Melayu hilang di dunia.

Seriously..bila datang makam ni..baca plak fakta2 sejarah kat tepi makam ni..berdiri roma aku...rasa kecintaan pada bangsa Melayu..bangsa diri aku sendiri..
Buruk baik kita..kita tetap Melayu.
Berbeza politik..itu bukan alasan untuk berpecah belah.
Kita belajar dari sejarah..
Sejarah membentuk kita pada hari ni.

Kakak tanya ..sapa Hang Tuah ni...
"Pahlawan..superhero sangat taw Hang Tuah ni"....

"Ooooo"...



Giant Kampar

Giant Kampar dah bukak taww. 1 dis 2014 hari tu...

Jadik,kitowang pun tergedik2 terhegeh2 la bersiap siap...nak tengok gak giant tu..iye ke besorrrr sangat....

Hihihi..

Besor wei...parking besor...kahkah..

Kalo poket besor...lagi bestttt...kihkih.

Klik klik timeeeeeeee...




Dalam kete...nak bagi bebudak ni ralit..selfie sampai pengsan...dah boring kang...tengok upin ipin...boring lagi..tengok elmo...boring lagi...arghhhhhhhhh...bila nak sampai niiiii!!


Ala...camne gambo ni dok atas plak ni...silap susun la ni...hahaha...
Ni kudek kakak. On promotion...dapat rm19.90...normal price rm29.90...beli sekor je...kang kalo ambik 2 ekor,tumpor aku nak bagi rumput hari2...hahaha



Ini budak...minat sangat dengan kuali eagle nih...mengamuk bila ayah dia amik kuali tu...hahaha...
Korang tak tau..izzara pegi usung kuali tu ke sana sini...adoihhh...siap letak kat kepala...dah macam bob the builder je topi dia tu...


Adegan memujuk izzara supaya meletak kembali kuali tersebut ke rak nya semula...drama ayor mate sangat....Hahaha...





Yang kakak ni...sibuk jaga troli..
Dia takut aku letak balik kudek tu...aku ni kan suka pedajal dia..hahaha...
Banyak kali aku bagitau dia...yeeee,ammi bayorkan kudek tu...
Dia tetap tak kompiden.

Haaa...usung la troli tu kak...kang orang ingat mesti mak korang ni suka dera budak kann.



Sila letakkan caption yang sesuai dengan gambar di atas...aku cuba dulu ye.."DUIT DA ABISHHH"
*sambil terbalik terbalik kan tapak tangan,kihkih.

Tak abih2 doll...sib baik diorang tak mintak...hahaha...kedek sungguh aku ni...bukan kedek...berpada2..hehehe..

Bagi derang makan kenyang2..kang balik umah tidaklah membuka peti ais..bukak lemari...bukak tudung saji...



Safari play land pun ada....tapi aku tak izinkan kakak masuk...bahayaaaaa.
Lain macam bebudak tu melompat..yang budak besor pun sibuk jugak nak masuk...ramaiiiii dalam tu...kang terkehel plak tangan anak aku kang. Dah dah...lenkali je masuk..


Ok....dalam kete nak balik..tak nyempat2..nah amik kudek ni...melompat la korang..
Kudek : kuda

(Kakak sebut kudek)








Sunday, December 14, 2014

Kenduri


Kenduri nya di Parit 13 A,Sg Manik...cantik view sawah padi ni kan...kalo padi tengah menguning lagi best. 

Tuesday, December 9, 2014

Menu untuk pesakit mata

Hai.

Intan payung kesuma dewa pujaan hati aku tu sakit mata..dah seminggu lebih dah ni..sian dia.

Ni pagi tadi baru nampak kurang sikit..semalam dia renew mc kat klinik kesihatan..ececeh renew kunun...ingat lesen TV Ke hape ko nak renew2 nih. Heh heh..

Jadi nya semalam aku masak lauk yang kena dengan selera orang sakit. Ntah la kena Ke tidak..tapi nengok kan gaya dia menghadap nasik tu..kena la kot. Ekekekek. *gelak manja*



Pakis goreng ikan masin..fevret si ketipang payung..


Ikan bilis goreng+bawang goreng...fevret si tukang masak gojes. Cehh.



Sup fishball..fevret bebudak..sesuwai untuk orang sakit. Licin sup tu diorang hirup..




Dah macam hemak2 sangat...tiap2 hari nak pikir menu apa nak masak dinner nanti. Dulu aku order je kat kedai tomyam dekat2 umah aku tu..
Hihihi..anak2 dah besor..malu la asek makan nasik bungkus jeee..


Syana tu kalo aku masak kena dengan taste dia yang cerewet tu..skrip wajib dia.."ammi lah IBU yang terbaekkk sebab ammi masak sedapppppp"...
Seriusss..ayat drama slot akasia sangatttt. Kahkahkah.