Pet... Binatang peliharaan.. Haiwan kesayangan..hehe..
Ada banyak kesan positif bila kita mempunyai haiwan peliharaan. Baik utk emosi kita kan.
Aku minat kucen. Tapi renyah nau nak jaga. Kang dia berak dalam lemari baju camno. Bulu nya merata rata plak. Dah la umah aku ni ada budak2...nononono. Tak sesuwei.
Dua tiga bulan lps, Aku ada bela seekor kura2. Hehe. Bella nama nya. Senang je nak bela kura2 ni. Kadang tu 4,5 hari aku tak bagi makan. Rilekkk je dia. Adus. Kijam plak aku ni. Syana ni dah boleh di harap utk bg bella makan , tp kena aku suruh dulu la. Aku kena monitor. Kalo tak lain kisah nya...derang main baling2 plak pallet tu. Bela kura2 kena rajin tukar air sebab bau nya tengik kalo tak tukar lama2. Seminggu sekali mesti tukar.
Zaman aku study dulu aku ada bela kura2. Memang tahan lasak. Cuti raya tak bagi makan seminggu pun idup lagi. Hahaha.
Tadi kitowang ke Bidor. Pegi petshop. Cari batu , batu coral, dgn pump utk akuarium opah.
Tetiba ternampak hamster.
Ermm.
Aku tengok je la. Budak2 ni menggeletisss.
Tengok lama2 .. Eh... Ada jenis hamster kenit tu menyelam dlm
serbuk kayu (bedding) tu... Siap menjalar dlm serbuk tu..eh..dia kuar kan muka dia kat tepi cermin ... Mata bulat... Cissss... Geram plakkkkk aku nengok nyeee. Tampa kang. Ralit gak la tengok perangai gedik derang ni. Tak boley jadi ni.
Aku pun berkomplot dgn syana. Bincang la kami kat satu sudut sementara nunggu ayah nya siap beli equipment aquarium dia tu. Bincang pelan2.. Kami berdua je. Kalo izzara masuk, tak jadi bincang..tu nama nya pincang. Hahaha. Ok, keputusan di ambil. Aku ditugaskan utk memujuk encik ayah. Hehe. Pandai ko ye syana. Mak ko ni jugakkkkkk yg kena.
Pujuk punya pujuk..... Encik ayah kate ok.
Hehe.
Maka kami pun senang hati. Beli 2 ekor hamster. Dalam cage tu ada mcm2 jenis hamster..tapi aku minat yg gedik menjalar sana sini tu. Jadi aku pilih kenit yg gedik tu. Kata owner tu dia tolong pilihkan sekor jantan. Satu lagi betina. Dah takkan ko nak bg partner dia jantan jgk kan. Ko ingt derang geboi ke hape. Hahaha.
Beli bedding serbuk kayu. Makanan nya. Vitamin nya. Bekas memang ada kat umah aku ni. Aku pakai akuarium lama je. Jadi la.. Tak lalu la nak beli umah hamster yg tingkat2 siap ade roller coster tu..huhu. Suma sekali rm 49...
Tokey tu bg info sikit2 psl hamster ni. Yg aku beli ni jenis 'Roborovski Hamster'. Memula aku ingatkan 'swarovski'..macam batu kat tudung bawal tu.. Hahaha. Ngek. Balik tu gugel la camne nak jaga. Haha. So dah lepas gugel..baru tau info robos hamster ni.
Dlm negara kita ni ada 4 jenis hamster yg fofular.
Syrian Hamster
Winter White
Campbell
Roborovski
Yg paling banyak org bela dan paling mudah nak jumpa adalah jenis Syrian .
Robos adalah jenis hamster yg paling kecik dan paling laju. Saiz mereka macamtu la jugakkkkkk walopun ko bg derang makan 17 kali sehari, sekati kuaci tiap kali meal. Tang laju tu memang aku dah agak, sebab susah giler nak snap gambo derang ni. Tak berdiam. Malah ada sumber yg menyatakan dlm 1 malam, robos ni boleh berjalan 1 batu lebih. Uihh. Patut la lajuuuuu dia menjalar bwh serbuk kayu tu. Robos ni jgk sgt aktif. Sebab tu di nasihatkan utk menyediakan permainan dlm sangkar mereka. Roda, tangga, gelungsur, rumah mainan.. Ehem... Ingat sangkar ko ni genting ke hape. Haha.
Aku jugak gugel tips utk menjinakkan robos ni. Memandangkan mereka ni liar sikir berbanding dhn hamster dr kategori yg lain tu...
Jadi tiap2 hari ko kena spend time utk berkenalan , bg dia biasa dgn bau ko, bagi dia masa utk sentuh ko...and paling penting jgn memaksa dia utk baik dgn ko. Silap hari bulan, dia gigit. Hahaha. Seelok nya... Biar dia datang ke tangan ko, bkn ko yg grab dia. Bila dia ready dia akan datang. Take times jgk. Sabar ye.
Jangka hayat mana2 hamster tak panjang. Paling lama pun 3 tawun. Sob sob. Semoga mereka panjang umur. Mati sebab tua. Bukan mati sebab lapor...hehe.
Syana memberikan nama kepada mereka Chic dan Choc.
Dah macam nama aiskrim haaaa. Hahaha. Mana satu Chic,mana satu Choc ntah. Layan kan ajeee.. Hehe...
Memperkenalkan Cic n Choc....
Sila sabun tangan selepas bermain ye budak budakkkk :)
Aksi comel robos hamster ehsan dari gugel....
Ngadap chic choc .......dah mcm tengok tv plak kome ni.
Bella menemani Izzara menonton upin ipin...hehe..port Bella kat meja study Syana.. sumber inspirasi syana utk buat homework la kot..hehe..bergolek gelantang ko ye bella...boring le tew... Ammi ada anak angkat 2 ekor ari ni....hahaha