Saturday, May 30, 2015

Rahsia!!!!!?????

Korang penah tak baca status kengkawan korang bunyik cenggini..


@ FESBUK

°°°°
Si Anu feeling blessed.."alhamdulillah..dapat lagi.."

°°°°

Kendian kita pun lima puluh - lima puluh..
Serba salah..

Nak ucap tahniah Ke takziah???
Selalunya pompuan ni suka sindir2 kat Fb kan...ayat ada meaning lain.

Mula lah kita pikir2 kan maksud status tersebut.

Si Anu tu bunting lagi kottt.

Ke Si Anu tu dapat madu lagiiii!!!

Ke Si Anu kena makan pelempang lagi dengan laki nya ???

Haa..kan..kan dah jadi kemusykilan kat orang lain. Lagi parah mungkin menjadi fitnah plak kalo kengkawan2 mula bercakap sesama diorang...

Yang annoying tu kalo ada yang rajin komen "share la apa yang awak dapat tu cik Anu...nak tau jugak"

Dia sengallll je jawab " Biarlah rahsiaaaa"..

Bodo takkk.


Ko share kat media sosial benda yang ko nak rahsia .. Kejadah ape nihhhh.

Meluatttt. Siyes meluat.


Kalo rasa nak tunjuk syukur sangat...amik wuduk, amik sejadah.
Bukan cari HP tergedik gedik up status feeling blessed tuh.

Bodo yang tak boley di bendung.
Sekian.

* kerahsiaan itu wujud bila kita langsung tidak membuka intro cerita itu kepada orang luar...ni kalo intro pun ko habaq kat media SOSIAL... Jangan lah plak ko jawab biarlah rahsia tu plak bila kawan ko datang mengomen..
Bajet Siti nurhaliza Ke ko ni.

Kasih nya Ayah...

Errrmm..

Sedey plak tajuk entry nih.

Asben aku ada belikan present untuk budak2 nih.
Syana satu...Adik satu...

Takda apa pun...toys je sebeno nya..

Kiranya seprais untuk budak2 tu sebab asben aku yang beli, wrap, sume dia buat sendirik. Aku memang tak tau menahu..

Tengok2 elok je present tu dah ada kat sofa...

Derang jumpa...
Melompat la derang nak bukak hadiah!!!


Nilai hadiah tu tak penting.

Yang penting keikhlasan.

Paling aku touching..asben aku bagitau kat budak2 ni..aku yang bagi hadiah tu...
Bertubi tubi la si syana tu bertimekaseh kat aku...siap peluk2 haaa.

Adoi...serba salah plak...

Ayah korang yang susah payah buat seprais ni...ammi plak yang dapat nama.

Aku yang tak tau hujung pangkal ni tertanya2 jugak..beli bile..sempena apa...


Asben aku cuma " syhhhh"....
Cakap je ammi yang beli.

OK..
Touching.


Pengorbanan seorang ayah mungkin tak sama macam pengorbanan ibu...

Mungkin kita tak nampak...


Tapi seorang ayah selalu memikirkan tentang keluarga nya walaupun kadang2 kita tak sedar...

Sungguh...

To my hero of my heart...terima kasih kerana sentiasa menggembirakan kami.

Nilai kasih sayang seorang ayah itu sangat tinggi dan sangat bererti pada kami.. semoga Allah sentiasa melindungimu...amin.



Tuesday, May 26, 2015

Tolak Mentah !!!

Adat sebagai kakitangan awam..kursus mursus tapi tak kurus kurus! Hahahaha.

Ni aku dapat panggilan menghadiri program modal insan di kem BTN ulu kenas ..huh..sowi la nak attend.. Pelawaan mereka terpaksa ku tolak. Dua malam weiii....

Huhu. Aku ni dari dulu tak gemor kursus mursus ni..setengah orang suke ekk. Boley jumpa orang baru..environment baru...gitew.. Takpelah aku ni tak pegi kursus setahun pun aku OK...hahaha. Kursus2 yang dah aku attend ni semuanya kat area Opis aku ni..hahaha. Giler pemalehh.

Dah la laki aku minggu depan start keje shift 24 jam ... tu pun satu gak gak tu..aduhh..

Ada anak kecik ni camni laaa..tunggu lah anak dah besor...setahun, 30 ari kursus aku pergi tauuuu...








Sebeno nya untuk kursus ni member aku lagi 2 orang pun kena gakk.
Opismate aku yang lain ni pun pakat2 tak join...semua ada masalah yang tak dapat di elakkan.

Sekian.

Nak draft Surat tunjuk sebab nih.

Monday, May 25, 2015

Tauhu Bakar

Haiii.
Bulan lepas aku beli kuah tauhu bakar/ kuah rojak dari kawan aku..RM 10 sebalang.

Pergh.

Kuah nya sedap..tak manis melampo..tak masin sangat..tak pedas meletop sangat ..memang ngam arrr dengan aku.

Bahan2 untuk tauhu bakar ni korang boleh guna macam idea aku ni..tauhu di goreng kendian di bakar sekejap .. Aku beli bahan2 untuk buat yong taufu tu..senang..nama nya aku tak familiar sangat..aku main tunjuk2 je kat market ari tu..derang bungkuskan..hahaha..


Ni la dia...kuah rojak bonda .. Terbaikk ..hasil resepi turun menurun dari bonda Aza Ali..


Pekat..likat..tak main main ni tau... Rasa kasih sayang kuah tauhu bakar ni..kacang rangup gilerrr.


Haaa.. Kangkung jangan dilupe...kita ni memang spesis suka sayoqq..


Gulp..aduhh..mau jilat skrin nihh.

Gilerrr arr.. Memang de best kuah rojak ni..

Ni nak cite sikit.

Kuah rojak cicah roti gardenia??
Apa ada hal!! Orang tak buat meh sini aku buat!

Hahahaha..

Sunday, May 24, 2015

Erk....minat Yuhanis ekkkkk?

Kehkehkeh...sori la Ceq Taaaa....



Aku cilok gambo kamu dengan Yuhanis ni. Ni adik aku Misi Ita..bertugas di sebuah hosp.dalam negeri Selangor...garang tapi lawak. Macam haku jugek...kihkih. kalo jumpa dia jangan takut, dia acah2 misi garang je, hakikat nya dia pandai approach patient! 

Hahaha... Dia wasap kat aku gambo ni...nak gelak la ni. Hamboi,  dah abih koje, merayap la perabihkan duit gaji ye....hahaha.



Kemahen...cakap tak layan cite "Hati Fomfuan"....siap kutuk bagai...ai memang tak layan hokeyyyy...rimass.



Alih2 jumpa masa tengah cari skirt...ha kau..tergedik gedik nak bergambauuuuu.



Aku tanya kat dia, lawa ke Yuhanis @Mia Ahmad  tu bila tengok live?



"Tak lawa la, mekap je tebal, muka berjerawat jugek....kalo dia senyum  nampak merekah kat pipi dia tu..ye la bedak 3 inci kan..."



Hampeh je adik aku ni.



Kutuk mesti ada punyeeeee....
Tak minat kunun..yang kamu pegang2 dia tu napeeee...siot taww.


Kamu kutuk dia pipi merekah..yang kamu tu perut berlipat per hallllll...Hahahahahahahahahaha
Mampos dia bace ni....Perut memang bab paling pantang sekali bagi dia!

Curik2 snap plak tu...haduuuu...minat cakap la minatttt! Hahahaha.

Bubur Jagung!

Jagung lagikkkkkkk??? Hadeyyyy..hantu jagung tegarrr ni! Hihihihi..



Hai. Tak sempat hai bagai kan.



Petang tadi aku buat jagung bubur..eh bubur jagung. Pebretttt aiiii taw. Ni kalo bulan pose antara pencuci mulut pebret aku la ni. Kehkeh...



Aku tadi bawak heroine aku 2 org ni pegi TF value mart tapah ni....laki aku tak join, dia bizi sikit lately....projek juta2 lemon dia tu tengah giat di laksanakan. Jadik, kami bertiga merendek la ke TF....yang sorang nak berdukung yang sorang sibuk munggah rak menan! Masakkkk aku! Layan jugakkkk la. Izzara ni plak datang simptom kurang mesra rakyat nya tu....mula la dia tak suke orang2 ramai nih.. tapi dia tak buat perangai cuma tak nak berjalan sendiri je...huhhh!



Beli la santan, jagung manis tu 2 tongkol...bla bla bla.....rm 24 semua sekaliiiii. Aikkk. Tadi aku plan nak beli jagung dengan santan jeeee... mana plak datang nya  benda2 vitagen, calci yum, coklat bar 2 ketul, sikat,  bla bla bla  ni.....magikkkk ni. Hahaha....




Balik umah aku start prepare bubur jagung....ngehngeh......senang jeeee... taste aku ni aku tak suka bubur tu bercampur sagu. Spoil sangat. Ada orang suka letak sagu kan. Biar je la jagung tu bermaharajalela dalam tu kan..nape nak kena berkongsi tempat dengan sagu plakkk.  Nape yeeee aku cukup tak berkenan bubur yang ada campur sagu ni.




Hehehe.....dah siap tu aku bagi Izzara Kurang Mesra Rakyat tu makan.....haa ko. Dia pun syokkkk bubur jagung tu..lepas suap dia, aku makan la, ala gilir2 suap kan....dia datang meluru kat aku, nak korek dalam mulut aku ni..punya la takut bubur tu abisss. ..bertuahhh punya budak. Syana macam biasa la, tak layan makanan   olskul2   niii. Hahaha.. calci yum tu la yang dia hadap nya.
2 tongkol jagung

Racik, eh kikis, eh kukur..eh mende nak cakap ni ye...kikis kot ye..haa..kikis isi jagung dengan pisau...kihkih

Tadaaa....isi mulut pun nak tunjukk...tengah kunyah2 jagung senang ati tunjuk kat aku...adik .. adik...

Sunday, May 17, 2015

Cekodok Jagung Lagi , Kali Ni di Modified Puleee!!

Apa ke teruk nya tajuk entry. Macam iklan Tora datang lagi Kali ni dengan roda terbang tinggi Ke langit membunuh burunggg !!

Hahahaha.

Semalam aku " menyodok" lagiiiii...

Tapi Kali ni aku add on cili besor, dan kucai....bancuhan cekodok tu tetap sama macam yang aku buat hari sabtu tu...

Hasilnya superbbb...lagi meriahhh ko. Tak caya korang buat!! Sembang je tak guna.
Haha.

Cekodok Jagung

Hai..

Gentel cekodok aku petang semalam..hihi.

Aku ni cukup obses dengan Cekodok!


Apa2 jenis pun aku balun..cekodok pisang ..cekodok bawang..cekodok ikan bilis..cekodok udang..ikan masin tu kalo boley dicekodokkan dah lama aku goreng kot..hahahaha.


Ni semalam aku buat cekodok jagung sempoi.

Bahan2 nya jagung..bawang besar Holland di dadu..ikan bilis..tepung gandum..serbuk kunyit sikit..garam .. bancuh je terus..senang.

Tapi tu la..stock jagung fresh takde kat Umah aku..aku tibai jagung in cream dalam tin tu..tapi brand cinta ni ada jual in pack...hahaha..cadang nya jagung tu nak buat bubur..tu pun best jugak tau...korang campur santan je...pergh..sedap oi.

Jagung in cream pun boleyyyy buat cekodok..seb baik tak manis sangat cream tu...sedap siot...cicah sos Thai. Minum kopi o panas.

Well...sandar kekenyangan la jawab nya!






Ni haa rupa corn in cream brand cinta...sepeket ni rm 2.70 ...

Israk Mikraj ... "BURAQ"

★ Burāq (Arabic: البُراق‎ Sl-Burāq "lightning") is a steed, described as a creature from the heavens which transported the prophets. The most commonly told story is how in the 7th century, Al-Burāq carried the Islamic prophet Muhammad from Mecca to Jerusalem and back during the Isra and Mi'raj or "Night Journey", which is the title of one of the chapters, Surah: Al-Isra, of the Quran.



★ Buraq  adalah sangat cantik,tempat tinggalnya adalah di syurga. Buraq yang dinaiki oleh baginda s.a.w ini adalah buraq yang mengasingkan dirinya sewaktu di syurga dan dalam keadaan sedih kerana menahan rindu untuk bertemu Rasulullah s.a.w.Terdapat banyak buraq di dalam syurga,namun buraq ini menjadi perhatian oleh Jibril a.s kerana mengasingkan diri.Lalu untuk mengembirakannya,maka Jibril a.s mahu membawa buraq ini bertemu Rasulullah
s.a.w sekaligus menuruti perintah Allah swt agar membawa buraq pergi kepada Nabi Muhammad s.a.w.Setelah buraq telah di persiapkan,maka Jibril a.s pun membawa buraq bertemu insan yang ia rindukan.



Pada suatu ketika,apabila Rasulullah s.a.w ingin menaiki buraq ini,ia bertingkah laku yang menyukarkan baginda s.a.w untuk menaikinya,lalu Jibril a.s menenangkan buraq agar memudahkan baginda s.a.w naik keatasnya.Peristiwa ini juga banyak di bual bicarakan oleh masyarakat terutama setelah Rasulullah s.a.w mengalami israk mikraj.Dan juga tentulah banyak tentangan yang dihadapi ole baginda sendiri apabila peristiwa itu diceritakan kepada kaumnya. Namun ada seorang insan yang cukup membenarkan kata-kata baginda hingga diberi gelaran as-siqqid yakni membenarkan. Gelaran itu diberikan kepada Saidina Abu Bakar r.a.



*********  Semalam hari israk mikraj...
Peristiwa israk mikraj ni mesti dikaitkan dengan "buraq" kan....
Ni aku gugel sendiri...aku tepek  kat sini beberapa info...berkenaan dengan buraq...iaitu kenderaan Rasulullah sewaktu peristiwa penting dalam agama Islam ini... ************

Saturday, May 16, 2015

Lawak Ker Derrrr

Haii.

Yesterday aku call astro call centre...nak terminate account astro yang kat kampung tuuu...pandei astro ye, nak terminate boleh tapi setelkan bil semasa Dan akan ada lagi satu bil yang kuar 6 hb dpn kena bayar lagiiii...katanya notis sebulan la kekdahnya. Siaran belum potong lagi..bulan depan baru potong..cesss..duwittt aku ni memang derang lapar ye???

Pendekkan cerita, kampung aku tu dah ada account nama Mak aku...cenggini cite nya..

Dah 3 bulan dek tu buat hal...ada siaran 105 je...channel len haranmmn..grrr..bulan2 aku bayor jugakkk..cis.

Dah la tu, ringkaskan cerita..aku dah takde account dengan astro dah...hidup aku bebas dari astro...tapi tu la Mak aku senyap2 buat account baru, dia segan kot aku bayor kan astro bulan2 tu selama ni..aku cadang nak amik Njoi utk Umah kampung tu..plus mak aku jarang dok kampung. Dia selalu dok Sg.Buluh je..dengan adik aku nurse Ita tu. Jadi nya Umah aku tu selalunya memang takde orang..



Hurmm..tak sabor2 tunggu syed Al bukhori punya siaran TV..gudbaii astrok la jawabnya..


Ni aku jumpa lawak yg ada hubung kait dengan channel astrok ni..aku kopipes dari orang tawww..bukan idea asal aku..kehkeh.

" BERCINTA SAKAN MASUK INSTAGRAM DGN HASHTAG COMBINE NAMA COUPLE NYA...

MELAMAR MASUK GEGARVAGANZA..

BERTUNANG MASUK HLIVE..

NIKAH KENDURI KAWIN MASUK RAIKAN CINTA BERSAMA KEKNIS..

BEROMEN MASUK ROMANTIKA AIRASIA..

PREGNANT MASUK PUREEN CHAK CHAK..

TAYANG ANAK TENGOK SAPA PALING PANDAI POSE PALING COMEY DEPAN CAMERA MASUK BABY KIKO..

BERGADUH LAKI BINI MASUK MELETOPS..

BERCERAI MASUK MELODI..

DAH JANDA/ DUDA KENA TANGKAP KHALWAT MASUK H.METRO..


DAH INSAF MASUK HIJRAH SELEBRITI...


DAH TUA MISKIN PAPA TAK BERDUIT MASUK GALAKSI RAYU DERMA...

DAH NAK MATI MASUK TANAH KUBUR TOK ADI..!!!

EH..MALAM PERTAMA TAKDE KE YANG NAK OFFER LIVE TELECAST KAT TV??!!!"



Hahahahahahahahahahahaha!!!!

Lawak ker derrrr..

Lawak oiiii..

Selamat Hari Guru

Hai..hari ni hari guru...dah wish kat fb keeeee...tag cekgu2 yang dok dalam frenlist korang tu..kendian buat ucapan 4 perenggan...ekekekekekek....



Aku tak.



Ekekekek...




Cekgu mana yang fren dengan aku.....hahahaha...mana ada! Tak koser nak fren dengan cekgu aku dulu aih...aku ni dulu bukan nya fevret student cekgu2 dulu..




Tapi lecturer kat uitm dulu ramai yang aku fren....hihihi...aku respek orang yang boleh respek aku. Lecturer uitm de best. Sangat supportive...paling aku tak lupa Prof Malek. 


Raut muka gangster...dah tua dah pun....bila ada lecture dengan dia masing2 cuak...pakat dok belakang...tapi aku tak takut kat dia....ntah....aku siap gelak dekah2 bila dia buat jokes...dia tu memang suka loyar buruk...member aku dah kuis2 tangan aku dah...gila ko gelak camtu,kang dia tanya "why u laughing like that...which part that u think very funny"...hahahahaha...dah dia buat lawak kan.....lawakkk kot... kawan2 aku ni sume ketaqqq dengan dia .. tu yang deria lucu derang tu tak berfungsi dengan baik...



Hihihi..aku tau Prof Malek tu acah2 garang jeeee..padahal takde mende pun...kehkeh



Tak silap aku ... aku dapat A untuk subjek Prof tu....tq Prof....lap yu...haha..aku dulu masa di uitm antara yang "mulut bising"... paling bising kot...hahaha...berbeza dengan waktu  sekolah2 dulu aku ni watak invisible je pun...orang tak nampak....hahahahaha...tiada identiti diri lagi masa tu...sume benda aku takut kan....takut malu, takut orang kutuk, takut orang cop poyo, takut itu takut ini....


Huhhh...lenkali la aku cerita kecelaruan identiti aku masa remaja dolu...kot aku nak tulih kat sini...



Guru ni bukan untuk di takuti..tapi untuk di hormati....ye dakkkk.....
Semoga Prof Malek sentiasa di berikan rezeki yang tak putus2 dari Nya...saya tak kan lupa nasihat Prof...

Tuesday, May 12, 2015

Hujan Lebat Nauuu!!!

Pagi tadi ujan lebatttt..

Start dari kul 4 tu sampai lah masa aku nak gerak pegi koje...area 7.15 pagi aku kuar Umah..

Aduh...

Bila ujan2 ni kete berlambak...tau nape?

Rider moto yang selalunya menunggang motor nak pegi koje terpaksa la berkete pada hari ujan2 ni...ko ingat ujan2 cenggini derang nak naik moto supaya kelihatan  macho macam Awie meredah ujan dalam 'Sembilu' ye. Sambil nyanyi lagu berlumutlah ukiran jiwaaa....Non hado. Awie tu pun sumpah seranah kat Usup Aslam bila buat scene naik moto tengah ujan tu tauuu.

Ahh..repekkan apa ini. Sambung citeee..



Maka jemlah jalan...maka tensen lah aku..seploh minit tak lepas2 satu traffic lite..sengal Ke hape lampu tu!

Mula lah nak marahhhhh. Sejuk2 ni..laparrr plak tu...lagu kat radio ntahape2 plakk...mende arr lagu mau jadi hantu mau jadi buayaaaaaa tu! Hhhish..

Yang iye nye bangun pagi tadi , aku diserang gejala "Kemalasantenous Epidemic Epilapsy"... Atau bahasa ssientific ni "MALEHH"...haish..mau ari ni aku apply cuti sakit bayar ni...Hahaha.

Tapi demi negara Dan bangsa...kugagahkan jua diri ini..ketepikan pujukan rayu syaitonnn..mohh  kita pergi koje!





Hari Ibu!

Ahad baru2 ni hari ibu ek.

Selamat hari Ibu...utk ibu2 semuaaaaa..

Tak kira lah ibu biologi ataupun ibu angkat...anda tetap ibu yang istimewa.


Aku takde teruja sangat pun...boleh la...

Pada aku hari hari kita patut kenang ibu .
Bukan nya setahun skali...setiap hari kita patut meraikan kasih sayang dengan ibu..


Menjadi ibu adalah rezeki dan nikmat yang tak ternilai pemberian dari Nya..

Bukan semua wanita berpeluang menjadi ibu. Bersyukur lah anda berkesempatan merasai kesakitan bersalin tak kira lah secara natural atau pembedahan...kedua dua nya tetap sakit. Sakit yang menghapus dosa anda. Sakit yang diberi ganjaran2 yang tak terbayang oleh kita. Berkesempatan membesarkan zuriat anda sendiri, melihat perkembangan tumbesaran mereka depan mata kita..anak2 kebanggaan kita.

Alhamdulillah..aku adalah ibu kepada 2 orang cahayamata yang merupakan jantung dan nadi jasad ku hingga kini.

Kepada ibu ku dan ibu mertua ku..terima kasih diatas pengorbanan anda membesarkan kami..bagaimana jerit perih mendidik anak2 telah kami rasai kini.. Memang mencabar...
Respek dengan mereka kerana berjaya membesarkan 10 orang anak(MIL), dan 7 orang anak(Mak)...hebatttt!!

Hari ibu ni aku selebret dengan 2 slices kek sikretresipe jerr....laki aku beli..hehe. Mintak seploh kali baru dapat..hikhik.

Choc indulgence dengan Choc moist....

Dengan 2 slices of cake pun kita boleh mencipta sambutan hari ibu yang istimewa...asalkan orang tersayang ada di sisi...

Keluarga ku no 1.









Monday, May 11, 2015

Tabung Haji!



Kihkihkih...






Ni paling win
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>



Kontroversi TH! Panas tol isu tabung haji ni ye...heppp... jangan mengutuk di media sosial, nanti kena saman + dirampas mykad + dihantar ke bulan!

HEHEHEHE.

Ni Siakap Keli punye koje....

Memula Up pic TH kena back up dengan ultraman sekali dengan ironman pun masuk campur sekali...

Pastu berduyun duyun lah orang komen troll + sarcasm...lawooook!!

Aku ni sebab takde anak boboi je..tu yang umah aku takde stok menan ultraman2 ni...kalo ada ultraman, aku pun nak troll jugekkk...

Barbie doll banyak la..hahaha.

Yang tak boley blah tu, TH kena laggor dengan mybi...hahahahaha....dua2 kontoversi kau!








Wednesday, May 6, 2015

Nutox Night Repair & Eye Refiner

Haiii....



Nak buat review pasal produk Nutox nih.


Kali ni night cream dan krim mata. Aku guna 2 item ni dah lama. Dari tahun lepas lagi. Hasil nya superbbbb. Terbaekkkk.

Harga tak ingat plak...hehehe..

Korang tengok, sampai pecah penutup night cream ni di belasah haku. Ganazzz.

Mana tak nya lepas guna baling je dalam laci. Memang pecah aar. Yang krim mata ni ada kesan gigitan sebab Izzara test gigi dia. Sabor je la.

Night repair ni aku guna seminggu 3 Kali...nak jimat ko. Plus aku ada habit bila dah baring atas tilam, sangat malas nak bangun amik night cream yang terletak di kuar bilik... Tu yang seminggu 3 kali je tu.

Sepatutnya guna every night. Tapi setiap kali aku skip, aku perati kan mesti kulit aku tak berapa nak gebu gebas sangat..
Berbeza kalo aku guna malam ni..bangun pagi esok nya mesti kulit bercahaya bermaya...gebu macam cup cake..betulll...

Pakai krim ni pastu tepuk2 sikit dengan tangan bagi cepat meresap dalam kulit..

Krim mata ni plak sangat berkesan untuk dark circle, mengurangkan kedutan dan sembap.. Mata aku ni bukan jenis ada eye bag. Tapi kalau badan lesu tak cukup tido.. memang sembap jugak bawah mata ni. Jadi bila nak tido malam aku sapukan krim mata ni. Urut2 sikit...terutama area kening...huihhhh...legaaaaaa...ilang stress tau.
Yang syok nya lepas sapu krim ni korang akan rasa ada warm sensation kat area yang korang sapu krim ni...macam pijar sikit..jangan takut...tu kesan dari blood circulation yang terhasil dari pemakaian krim ni. Dalam 2 minit tu baru la korang rasa normal balik...
* kat botol krim ni memang ada penerangan tentang warm sensation ni...jangan riso..hehe.

Bangun pagi esok nya korang akan rasa kulit sekitar mata korang tu lembut dan bermaya...sembap pun kurang..mata letih pun ilang...betulllll...ni pengalaman aku sendiri. Penggunaan setiap malam adalah terbaik. Lagi nampak hasil yang menggumbirakan. Siyes, masuk je 30 an ni area kawasan mata kita ni memang cepat sangat nampak 'berumur'....nak2 plak anak meragam tengah malam..tido tak cukup..bangun pagi esok nya mata panda hokeyyy. Noooo!!!!!. Kita takmo mata panda rightttt??? Jadi berbaloi untuk beli krim kata ni untuk kecantikan diri sendiri..
Barulah laki kita terpesona dengan panahan mata menggoda sihat bercahaya kita tu...Dari mata turun Ke hati..
Tak payah nak pakai big eye lenses bagaiii..kpop sangat ko... mata seksi hape kalo pakai big eyes tapi bawah mata ada dark circle ye dakkkkkk...hampehhhh...

* Aku review ni based on my experiences. Lain orang lain tindak balas..cepat atau tidak keberkesanan produk ni bergantung kepada individu... Peace yo!













* No Editting ..no 360 camera tricks. Ihiks.

Tiada dark circle kan...padahal malam nya aku tido pukul 1 pagi lebih tau. Hehehe.

Ai lap Nutox!!

Pertabalan Sultan Perak ke 35

Daulat Tuanku...


Hari ni pepagi lagi aku dah on tv....nak tengok live upacara pertabalan sultan kesayangan ku di kaca tv..
Bangga menjadi rakyat Perak.



Upacara pertabalan ni penuh dengan adat dan simbolik. Sangat indah. Begitu halus berseni...persalinan Tuanku dan Permaisuri yang sangat segak di buat khas oleh tailor yang berpengalaman. Dato Radzuan Radzwil fashion designer tersohor yang merupakan anak kelahiran K.Kangsar diberi tanggungjawab untuk menyiapkan persalinan  Permaisuri Zara...




Semoga Perak bertambah makmur di bawah pemerintahan Tuanku. Kami sekalian rakyat jelata bersumpah taat setia dan sentiasa berkhidmat dibawah kepimpinan Tuanku. Semoga Tuanku diberi kekuatan untuk sentiasa mentadbir negeri ini mengikut hukum Allah.








Tuanku mengucup Al Quran.


Tembakan meriam.





Suasana pagi K.Kangsar pagi tadi. 

*gambar ihsan dari jab.penerangan..tq

Monday, May 4, 2015

Pilot Cafe

Lirik Lagu Untuk Cinta OST Pilot Cafe – Adira ft Hafiz

Kau tunjuk kan aku

Yang memangnya tak pernah tahu

Erti cinta sebenarnya

Dari jiwa

Bukan hanya dari mata

Kau ajar hatiku

Kasih setulus seikhlasnya

Tak pernah mengalah

Walau kan terpisah

Sedikit pun tak berubah

Namun
Tak kan menjadi milikiku

Cinta bukan tercipta untukku

Tolong jagalah dirinya buat diriku

Jangan biar luka lagi hatinya

Yang amat ku cinta

Yang milik engkau saja

Biar ku simpan semua kasih dan cinta

Akan ku pendam kan sepanjang nyawa

Hingga tiba masa

Untuk aku bercinta semula

Selamat tinggal kasih

Aku kan pergi bawa diri

Yang telah rela

Dan mengerti oh

Dan di sini saja

Berakhir nya sebuah kisah

Cinta bertepuk sebelah

Terpaksalah

Ku terima

Tentuan-Nya oh
***************************************************************************♥♥

                  Syokkkk lagu ni....terngiang ngiang di telinga lagu ni...

                  Suara Adira memang meletops....kena plak dengan tone Hafiz..

Pilot Cafe ni adaptasi dari novel Ahadiat Akashah....dan di arahkan oleh Osman Ali, pembikin pilem2 melayu romantis opkoss (ombak rindu, cun)...pilem ni dah released 30 April lalu...

Kat astro 104 ade tayangan promo 30 minit pilem ni...tapi tolak iklan bagai,ada lah 15minit kot dia bagi tengok free..

Izara agak daring dalam cite ni...seksi kooo... Fahrin cam biasa la sado dan encem .. kalah Remy hoi. Watak Fahrin ni pilot yang playboy....uhhh..asal pilot mesti ensem....semua pilot memang kriteria nya kena wajib ensem keeeee...haha.

Pelakon utama nya.. Fahrin Ahmad, Izara Aisyah, Neelofa...oh lupa Remy Ishak pun ada gak...

Sapa dah tengok kat cinema? Ke tengok yang download punyaaa?

Sunday, May 3, 2015

ReFarm Kampar

*entry ni busuk tak mandi coz hapak dah lama terperam dalam draft...

Hai.

Tak ingat cerita pegi Refarm ni. Lama dah ni..

Berkurun dok dalam draft..hari ni meh kita kuarkan dia dari kurungan dan rantaian draft yang menyeksakan ini.. Hehe.

Refarm ni terletak antara Tapah dan Kampar..

Nak kata best sangat tu tidak la...tapi boley la...kalo nak buang masa buang duwit..haha.

Dewasa rm10..kids RM 5..
Bukak setiap hari kecuali selasa.

Ada disediakan basikal yang foc kalo korang nak ronda2 area situ ..dengan syarat tak boley bawak kuar dari area refarm tu..tapi basikal tu brek nye, tak berfungsi dengan baik. Jangan cari nahas taw..kehkeh...better jalan kaki je..

Konsep refarm ni 'farmstay' ala2 petani peladang dan penternak...aku ni orang kampung sejati so takdelah nak jakun sangat tengok kambing meragut rumput, ayam berkais2 dalam reban, reban itik yang tengik dan kecoh dek suara itik serati, kolam ikan, kura2 @ tuntung ...

Izzara Dan Syana memang eksaited..ye la..jarang jumpe itik dengan kambing...haha..

Kitowang sebenornya nak mandi kolam mandi kat refarm ni motip asal datang sini..hehe..

Sedih sikit .. Air kolam tu keruh sikit...huhu..

OK sapa2 yang nak datang tu sila lah..

Aku ni nak menggalak tidak...menyuruh pun tidak...he he.





Kolam mandi di lereng bukit ....cool huh...