Wednesday, October 28, 2015

Terapi

Balik keje, sementara nak tunggu budak2 tu sampai..aku lepak depan bekas hamster..

Tukar air, letak makanan baru, mencicit deme datang... Lapor la tewww...

Hurmm.. Tenang rasa nya bila tengok kenit- kenit tu berebut rebut makan.... Terapi sangattt :)

Tuesday, October 27, 2015

Potong Perut !!

Hai.
Cite ni baru berlaku beberapa jam lepas. Lawak bagi aku. Bagi korang tak la kot. Hihi.

Laki aku koje malam ari ni. Kami 3 beranak je la tinggal kat umah. Slalu nya kalo esok nya ari sekolah, pukul 9 kitowang dah golek2 dlm bilik.. Sambil tu tengok tv gitu2... Pasang cita paling boringgggg sekali bagi derang bosan lalu timbul rasa mengantuk nak tido. Hahahaha. Bijak kan aku.

Tengah lepak2 guling2... Baju aku terangkat..ntah macam mana izzara ni selak ehem2... Kelihatan lah parut operation ceaserean aku...

Ntah macam mana syana ni berminat plak tanya soklan2 keibuan dan kehemakkan ni.. Soklan dia cenggini.

"Tu tempat potong kan" merujuk kepada parut tersebut.
Aku jawab yee.

"Kakak dgn adik kuar ikut situ kannnnnnnn"
Aku jawab a'ah.

"Kakak besar nanti, kakak tak nak anak la,nanti perut kakak kena potong. Eiiiiii... Sakittttttttttttt"
Ermmm...aku cakap, kalo taknak anak pun takpe,lkut kakak la..lambat lagi kakak nak besar.

Ermmmm. Betul kot aku jawab macam tu.

Dia diammmmmm.

Kendian dia baring kat tempat dia. Pastu dia selak baju dia ke atas.. Dia belek perut dia.

Banyak plak yg dia pikir. Aku perati je. Hahahahaaha. Memang lawak kelaku dia time tu.

Tadika pun belum grad lagi ada ati nak pikir pasal anak !!!
Hahahahaha.

Sunday, October 25, 2015

Nasi Hayam Mabeles!

Hehe.

Ni sebeno nya second time aku buat nasik hayam ni. Buat yg pestaim tu, so so je. Boley makan tapi X factor takde.. Aku ni kalo masak, resepi tu aku x tau, aku gugel tapi pastu mesti aku modified kan ikut tekak aku. Ni tadi aku buat... Peerghh.. Aku dengan tak malu nya bagi 5 bintang! Hahaha.

Laki aku pun puji. Hemmmmm... Pencen awal, bukak my mom chicken rice mcm linda on tu... Ok gak ni :)




Tapi mintak mahap sgt... Gambo nasik nya tak de. Huhu. Sebuk nak hidang bagai. Ayam nya tak boleh goreng lama sangat..nanti itam...pahit..

Ekceli resepi ni aku cedok dari blog azie kitchen. Buat rujukan je la. Modified punya modified, jadi gini la ayam aku..

Resepi nya nanti aku tepek ye. Bukan skang tau. Hehe. Malashhhh nauu rasanya.







Saturday, October 24, 2015

Binatang Peliharaan Kami

Pet... Binatang peliharaan.. Haiwan kesayangan..hehe..
Ada banyak kesan positif bila kita mempunyai haiwan peliharaan. Baik utk emosi kita kan.

Aku minat kucen. Tapi renyah nau nak jaga. Kang dia berak dalam lemari baju camno. Bulu nya merata rata plak. Dah la umah aku ni ada budak2...nononono. Tak sesuwei.

Dua tiga bulan lps, Aku ada bela seekor kura2. Hehe. Bella nama nya. Senang je nak bela kura2 ni. Kadang tu 4,5 hari aku tak bagi makan. Rilekkk je dia. Adus. Kijam plak aku ni. Syana ni dah boleh di harap utk bg bella makan , tp kena aku suruh dulu la. Aku kena monitor. Kalo tak lain kisah nya...derang main baling2 plak pallet tu. Bela kura2 kena rajin tukar air sebab bau nya tengik kalo tak tukar lama2. Seminggu sekali mesti tukar.

Zaman aku study dulu aku ada bela kura2. Memang tahan lasak. Cuti raya tak bagi makan seminggu pun idup lagi. Hahaha.

Tadi kitowang ke Bidor. Pegi petshop. Cari batu , batu coral, dgn pump utk akuarium opah.

Tetiba ternampak hamster.

Ermm.

Aku tengok je la. Budak2 ni menggeletisss.

Tengok lama2 .. Eh... Ada jenis hamster kenit tu menyelam dlm
serbuk kayu (bedding) tu... Siap menjalar dlm serbuk tu..eh..dia kuar kan muka dia kat tepi cermin ... Mata bulat... Cissss... Geram plakkkkk aku nengok nyeee. Tampa kang. Ralit gak la tengok perangai gedik derang ni. Tak boley jadi ni.

Aku pun berkomplot dgn syana. Bincang la kami kat satu sudut sementara nunggu ayah nya siap beli equipment aquarium dia tu. Bincang pelan2.. Kami berdua je. Kalo izzara masuk, tak jadi bincang..tu nama nya pincang. Hahaha. Ok, keputusan di ambil. Aku ditugaskan utk memujuk encik ayah. Hehe. Pandai ko ye syana. Mak ko ni jugakkkkkk yg kena.

Pujuk punya pujuk..... Encik ayah kate ok.

Hehe.

Maka kami pun senang hati. Beli 2 ekor hamster. Dalam cage tu ada mcm2 jenis hamster..tapi aku minat yg gedik menjalar sana sini tu. Jadi aku pilih kenit yg gedik tu. Kata owner tu dia tolong pilihkan  sekor jantan. Satu lagi betina. Dah takkan ko nak bg partner dia jantan jgk kan. Ko ingt derang geboi ke hape. Hahaha.

Beli bedding serbuk kayu. Makanan nya. Vitamin nya. Bekas memang ada kat umah aku ni. Aku pakai akuarium lama je. Jadi la.. Tak lalu la nak beli umah hamster yg tingkat2 siap ade roller coster tu..huhu. Suma sekali rm 49...

Tokey tu bg info sikit2 psl hamster ni. Yg aku beli ni jenis 'Roborovski Hamster'. Memula aku ingatkan 'swarovski'..macam batu kat tudung bawal tu.. Hahaha. Ngek. Balik tu gugel la camne nak jaga. Haha. So dah lepas gugel..baru tau info robos hamster ni.

Dlm negara kita ni ada 4 jenis hamster yg fofular.

Syrian Hamster
Winter White
Campbell
Roborovski


Yg paling banyak org bela dan paling mudah nak jumpa adalah jenis Syrian .

Robos adalah jenis hamster yg paling kecik dan paling laju. Saiz mereka macamtu la jugakkkkkk walopun ko bg derang makan 17 kali sehari, sekati kuaci tiap kali meal. Tang laju tu memang aku dah agak, sebab susah giler nak snap gambo derang ni. Tak berdiam. Malah ada sumber yg menyatakan dlm 1 malam, robos ni boleh berjalan 1 batu lebih. Uihh. Patut la lajuuuuu dia menjalar bwh serbuk kayu tu. Robos ni jgk sgt aktif. Sebab tu di nasihatkan utk menyediakan permainan dlm sangkar mereka. Roda, tangga, gelungsur, rumah mainan.. Ehem... Ingat sangkar ko ni genting ke hape. Haha.

Aku jugak gugel tips utk menjinakkan robos ni. Memandangkan mereka ni liar sikir berbanding dhn hamster dr kategori yg lain tu...

Jadi tiap2 hari ko kena spend time utk berkenalan , bg dia biasa dgn bau ko, bagi dia masa utk sentuh ko...and paling penting jgn memaksa dia utk baik dgn ko. Silap hari bulan, dia gigit. Hahaha. Seelok nya... Biar dia datang ke tangan ko, bkn ko yg grab dia. Bila dia ready dia akan datang. Take times jgk. Sabar ye.

Jangka hayat mana2 hamster tak panjang. Paling lama pun 3 tawun. Sob sob. Semoga mereka panjang umur. Mati sebab tua. Bukan mati sebab lapor...hehe.

Syana memberikan nama kepada mereka Chic dan Choc.

Dah macam nama aiskrim haaaa. Hahaha. Mana satu Chic,mana satu Choc ntah. Layan kan ajeee.. Hehe...






 Memperkenalkan Cic n Choc....

Sila sabun tangan selepas bermain ye budak budakkkk :)



Aksi comel robos hamster ehsan dari gugel....



Ngadap chic choc .......dah mcm tengok tv plak kome ni.



Bella menemani Izzara menonton upin ipin...hehe..port Bella kat meja study Syana.. sumber inspirasi syana utk buat homework la kot..hehe..bergolek gelantang ko ye bella...boring le tew... Ammi ada anak angkat 2 ekor ari ni....hahaha



Friday, October 23, 2015

Program Pembangunan Modal Insan Siri 18 / 2015 (part 1)

Hai. Assalammualaikum.
Maciam yg dijanjikan, aku buat entry serba sedikit berkenaan kursus yg aku baru hadiri kelmarin.

Peserta kursus ada 102 org. 40 org je pompuan. Tak ramai.

Peserta dari opis aku 4 org termasuk aku. Aku sorang jeee pompuan. Phewww.
Kami naik kenderaan jabatan. Tq Mi !

Wan sorang je binik dia anto dgn kenderaan sendiri. Tau la umah mil dekat...hehe..untung arrr.... :)

Kitowang sampai kbnuk (kem bina negara ulu kenas) tu dalam kul 12 tghari. Register...dapat beg kursus..urusetia bagitau serba sedikit maklumat dorm aku. Kendian aku pun bergerak ke dorm Langkap A. Dorm yg paling depan...paling glamer sebab kat situ dorm paling dekat dengan 'tiang bendera'... Kat sini takde coverage tau. Bertabah la. Area tiang bendera tu je yg paling cemerlang. Haha. Korang jgn tak percaya, aku siap beli simpack Altel tau. Ingatkan altel ok. Rupa nya,sendu.... Seb baik meksis ok. Kat katil aku tu, dapat 1 @ 2 bar. Alhamdulillah. Wasap, msg, takde masalah. Sempat gak up status kat fb. Haha. Cuma bila nak calling2 tu aku kena dok area koridor dorm tu. Huhu.


Ni aku bagi nasihat sikit, baju tu korang tak payah la beriya sangat vogue de vasss..kebaya is no no . Apalagi dress cutting princess plissss jgn bawak. Pakai je baju yg korang selesa. Fasilitator tak marah. Tudung plak elok la ko pakai bawal...nipis dan berangin. Satin shawl jgn bawak. Peluhhh tengkok hoi. Cuma utk penutup program je korang kena pakai yg semenggah sikit sebab Dato Shaarani akan turun.

Kasut seelok nya flat shoes yg bersarung. Kelas jauh hoi. Naik turun tangga. Selipar jamban jgn lupa. Kang korang nak pg blk air camne kan. Kasut sukan sekali ye. Time aku ni jerebu kuat, jadi aku tak bawak sport shoes. Dah sah2 tak boleh buat xtvt outdoor kan. Sepanjang kursus tu cuma sekali je buat xtvt riadah pagi. Riadah petang pun takde. Untung gak time aku pegi ni jerebu.Riadah tu pun buat regangan simple2 je.. setengah jam macam tu la kot.


Huh. Dah biasa hidup senang, sekali sekala menapak kesana sini memang pancit!!! Nak ke dewan makan kena jalan jugak tau. Kalo maleh nak menapak , korang nak room service ala ala hotel bolehhhhh.....boleh blahhhhhhhh. Hahahahaha.

Bawak baju yg selesa,mudah bergerak, menutup aurat opkos, dan menyerap poloh.

Kalo xtvt perkongsian minda tu memang buat kat dewan cemara. Ekon sejukkk hoiii. Tapi bila xtvt jana minda yg korang kena dok dlm grouping tu, korang akan hangat pijoooor. Bilik takde ekon ok. Dengan lalat nya lagi.. Asek mengibas muka dgn buku. Lalat ni datang dari tempat ternakan ayam yg berdekatan dgn kem ni. Huarghhh. Tensi sgt lalat ni.

Bilik air kat belakang dorm. Air paip tu air sungai ye. Sojukkk.. Time aku tu air jernih je. Takde keladak. Time orang lain keruh sebab ujan kot. Aku rasa bilik air ni takde masalah sangat. Janji ada air cukup, ada bilik menung yg bertutup, ada tempat mandi personal. Kecik pun takpe janji tak payah mandi reramaiii... Cuma yg tak syok tu bilik air tu dekat pokok besarrrrr gilerrr... Aku takuttt.

Jadi tengah malam kitowang akan 'iklan' kejap sesapa yg rasa nak join terkucil. Pegi sensorang memang tak lahhh. Belakang bilik air tu memang ada sungai. Bunyi yg mendamaikan pd waktu siang. Tapi bila malam, ko akan seram yg hamat walupun masa tu baru pukul 11... Hihi. Banyak sangat tengok cite hantu kan. Masa tu memang terbayang cite suster ngesot, ju on, satu mlm kubur berasap...teringat Scary movie yg scene mandi shower,then antu tolong shave bulu ketiak tu pun aku dah tegak2 bulu tengkok oi. Bodo angattt. Haha.

Abih xtvt malam , selalunya kul 11 lebih..korang jgn ngengada nak mandi plak. Gedikk angat mandi kunun. Kang cramp kaki ko tu kat blk air baru tau. Ko tak tau suhu air tu bawah takat beku!! Haha.Berjemaah la reramai utk gosok gigi, cuci muka dan kosongkan pundi kencing siap2. Tips, Start kul 6 ptg jgn galak beno minum air. Kang terkucil tgh mlm camne. Tetiba orang sume tido matik. Jenuh. Hehe




















Sambung la ye...jari krem ;)

Thursday, October 22, 2015

Program Pembangunan Modal Insan - PPMI siri 18/2015

Alhamdulillah...dah selesai semuanya..selamat pergi dan selamat pulang.
3 hari 2 malam. Lama tak lama... lama jugak aku rasa...
Hehe.
Skang ni aku kat bilik tido aku, dgn bantal aku, selimut aku. Nikmat hoi.
Tak lupa harta dunia akhirat aku. Baby kecik dan baby Misai. Hahaha.
Untuk memudahkan korang, aku akan buat entry yang boleh membantu korang mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal korang. Lepas ni ye... bagi aku rehat dulu. Sakit belikat kauuu.
Oh ya.. aku nak bagitau , Kita kuat sebenarnya. Cuma kita tak yakin.
Sebab tu ramai yg tarik diri bila dipanggil utk menghadiri kursus ni. Ramaiiii.
Tambah pulak ramai yg menokok tambah cerita. Cerita A jadi F..
Huh. Tak baikkk tau.
Ok, nanti aku bagitau info serba sedikit tentang Program Pembangunan Modal Insan anjuran Suk Perak dan Majlis Keselamatan Negara.
Silibus kursus ni aku tak boleh nak bagi info sangat sebab  mungkin korang akan salah anggap. Korang datang, berlapang dada, dengar hingga selesai, nilaikan sendiri. Terpulang.
Diharap dapat mengurangkan tekanan anda yg banyak sangat mendengar momokan dari sumber yg tak betul.
Stay tune... hehe

Sunday, October 4, 2015

#haze

Eh...sekolah di beri cuti tanpa perlu di ganti selama 2hari!! Hari ni dan esok..

Huhuhu..

Kami sektor awam ni.. Kerja macam biasa.. Uhuk uhuk...batuk pun tak baik2 lagi nih..

Semalam pegi Sek Sains Tapah...amik anak sedara ceq mail..anto dia balik rumah kat Sg. Pulai nun...

Kami pun ngekorrrrrr sekali....

Lalu kat hiway , kat bukit Gua Tempurung  tu... Pergh... Berbalam balam bukit tu...

Sekiyannnnnnn ..

Pic ni no filter. Sampai bila kita nak macam ni.

Sesak dada wei. 


Yang ada asma tu lagi kesian.. Smg negara kita baik2 sahaja

:(

Thursday, October 1, 2015

October

Minyak naik seposen!!!!

Tragedi oktober sunggohhh!

Huh.....ngok ngekkk btolll.