Monday, June 27, 2016

Throwback


Gigi tgh mencanak² naikkk...
1 tawun 1 bln.. Time ni baru nak tatih...hikhik.




Gambo paling latest. Ptg semalam. Selpi sendiri. Kenyit mate pastu tekan button snap. Muahahahaha. 
Izzara. Budak paling bertuah!!!

Sunday, June 12, 2016

Adik Turns 3 !

Haiii..

Adik dah berumur 3 tahun secara hakiki nya pada 12 Jun lalu. 

Hehe.

Kawan baik kami. Kawan gusti kami. Kawan makan kawan jugak sebab suka ngadu kat ayah bila kami pedajal dia. Muahahaha. Ayah plak back up dia. Lemakk la tu. Hehe.

Tukang buat lawak. 
Tukang buat sepah.
Tukang abihkan bateri hp.
Tukang main game kat hp. 

Banyak akal ni. 

Dia kalo dapat ngadu kat ayah, huh...bikin aku panasss..
Mentang² kesayangan ayah ye...hihi.

Adik, kami doakan adik sentiasa di bawah lindungan, dan diberi limpah rahmat dari Allah...
Kami sayang adik sesangat. 

Muah muah.




Thursday, June 9, 2016

Bila Malaaaassssssss !!!

Hai.
Boring nya nak taip entry.
Tiada soul nak menulis. Tiada jiwe.
Hurmmm..


Hari tu bawak bebudak pegi mandi laut..
Teluk Batik je. Check in kat hotel satu malam..
Gembiraaa.
Mandi plak kat Marina Waterpark.. Mak hoi..nape tak semenggah ayor nyeee...keruh berbau,berlumut...adess...



Abih short vacation..Syana ada ujian pertengahan tahun. Concerntrate la study ... Bkn paksa dia study pun. Aku punya stail memang takkan paksa. Saja nak bagi pendedahan kat  dia, bila nak exam tu kita kena 'lebih' memfocus kan perhatian pd pelajaran. Gitu..



Lagi apa ye..oh ya.. Aku terima surat tawaran tukar lantik jawatan skang ke jawatan lain. In shaa allah... Aku akan sign sebab banyak kebaikan kalo aku bertukar jawatan. Mudah nak pindah ke jabatan lain. Jawatan aku ni sebenor nya sangattttttttttttttt limited. Tak banyak untuk satu² jabatan... Kat opis aku ni, aku sorang je la yg pegang jawatan ni...spesel edition kannn..haha.



Hurm.... Aku juga dah betukar telco... Dari pada Maxshit ke Xox...muahahaha. Aku serik dikencing mekshit tu dah...



Xox ni aku harap jgn lah buat hal.. Ala..mane2 telco pun ade masalah nya. Betoi dak.  Cuma nya....aku pohon... Jangan lah menganiaya customer... Tak nak lah maki2 sumpah seranah orang...tapi korang tu pun jangan lah bagi customer highpertension!!!
Membongakkkkkk jeee...mmg la orang marahhhhh!!!!



Ok la..setakat tu je aku taip... Aishhh.. Beku idea plakkk.

Wednesday, June 8, 2016

Izzara Dan Tabiat Baru

Haiii.

Pose ke dokk.

Short entry, malaihh aihh.

Izzara nowadays loves to cross her eyes. Sesaja je. Kadang tu mase aku marah dia, dia tengok aku,julingkan mata dia. Terbahak bahak la aku gelakkk.. kelakar kelakarrrr. 

Lagi 2 hari nak birthday dia. Nak bg present apa ekk. Choki choki je la.... hahahahhahahha. 

Wednesday, June 1, 2016

Waktu Bekerja Bulan Ramadhan Untuk Negeri Perak.

Alhamdulillah.
Perak masih lagi mengekalkan waktu bekerja yg di pendekkan setengah jam sempena Ramadhan yg mulia ini.

Boleh la kita sediakan juadah berbuka tanpa kelam kabut kan.. 

Hehe.