Tuesday, July 15, 2014

NUTOX Serum Concentrate

Ini bukan iklan..

Haiiii..

Penah tengok iklan Nutox kat tv? Yang ada fazura tuuuu...

Terpengaruh jugak la. Nak jugak jadi macam Fazura.. halus mulus cerah berseri kulit muka nya.



Pengalaman aku selepas menggunakan Nutox♥♥♥

Ni nak citer ni...bukan auta tau. Fakta..



Aku dah pakai sebulan lebih dah. Nak masuk 2 bulan la kott. Hihihi.


Masa beli tu harga nya rm 50++. Takde sale. Ehh. Betul ke ntah. Resit dah buang siap2. Nanti laki aku jumpa resit tu,dia bising. Pandei tak aku? Haha.


Sebenonya hajat nak beli serum jenama Bio Essence. Tapi mahal. Huhuhu..tu yang amik Nutox. Hehehe.


Kalau ikut arahan pemakaian kat kotak dia tu,dia suruh kita pakai pagi dan malam. Tapi nak jimat,aku pakai malam je. Kedekut ekk. Agak nya kalo aku pakai siang dan malam mesti muka aku cantekkk macam miss Fazura. Perasan tak suda.


Ni dah masuk 2 bulan penggunaan, hasilnya cenggina haaa..(angkat ibu jari).....hahaha..mabelesssss kata omputeh. Baru nampak berkesan. Sib baik aku tak buang serum ni. Aku ingat dia tipu sebab kata nya 2 minggu dah nampak kesan. Tu la..kedekot lagi.. 2 bulan baru kuar hasil muka muda belia aku tu. Ek ellehh.

Aku up gambo serum tu kat setegram. Ada gak member yang pakai nutox rupanya. Member aku pun berpuas hati dengan hasilnya.


So, betul la kata Cik Fazura, muka kita akan tampak lebih muda gitewww.

Function serum ni adalah untuk mengembalikan keanjalan muka kita. Memperbaiki teksture kulit yang kekurangan kollagen.Mana2 serum pun macam tu lah jugak. Serum bukan untuk pemutihan kulit ye.

Memang aku mengaku masuk 3 series ni..muka kita bukan macam 20 an dulu. Parut jerawat susah nak pudar. Ambil masa nak tunggu jerawat pulih. Kalau senyum lebih2 plak kuar la garis halus penuaan kat tepi bibir. Omaiiiiiiiiiiiiiiigod.
Nenek kebayan ke aku ni.

So skang ni garis halus tu makin pudar. Takdelah nampak ketara sangat. Ada memang ada. Toksah nipu sangat. Bukan nya aku guna botox korang ni pun..

Ok..tu je nak cite.

Raya ni mokcik selamah tu mesti jeling2 muka aku. Mesti dengki kat aku. Hahaha.




Botol kaca...jangan bagi anak main. Kang jatuh,bahaya...




Muka pakai mekap. No camera 360 hokey. Boleyy la. Takdelah flawless sangat pun.



Tak pakai mekap langsung. Motip ketap bibir? Ntah. Geram kat anak kott. Hahaha.
Ok la kot. Kulit sekata,nampak bermaya. Kalo kome pegang muka aku mesti kome akan cakap kulit aku halus bak sutera cina. Hahahaktuihh.
Tapi siyes,aku rasa muka aku anjal lebih dari biasa. Bila jalan laju2,aku tak rasa pipi aku bergoyang2 sangat...dulu bila aku jalan oo.50m/h pipi aku bergegar gegar sebab kurang collagen. Tipuuuuu..boooooo.... hahaha


Ada bird nest collagen uollsssss. Tak kan korang tak nak muka nampak muda seploh tahun kottt. orang cina cukup suka sup sarang burung. Nak dapatkan collagen la kot. Harganya mampu milik,standard  kerani2 macam aku ni boley beli ok. Ahakss


Fazura si gojes yang cun. So far aku mampu beli serum ni je. Nanti gaji bulan 8 baru aku beli semua 1 set tu. Gaji bulan ni nak beli biskut raya,baju raya dulu.. Hahaha.

9 comments:

  1. Salam. Dah pi watson ada buat offer serum rm 48.8

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh... muwah tu...kena beli buat stok ni...hehe..tq 4 ur info :)

      Delete
  2. Salam. Dah pi watson ada buat offer serum rm 48.8

    ReplyDelete
  3. sis mmg pakai serum shaja ker,klau pkai serum ni bole campur nk produk lain x

    ReplyDelete
  4. sis mmg pakai serum shaja ker,klau pkai serum ni bole campur nk produk lain x

    ReplyDelete
  5. umur sy 20 , pastu sy dah beli serum tu tadi , sesuai ke untuk umur sy ?

    ReplyDelete
  6. umur sy 20 , pastu sy dah beli serum tu tadi , sesuai ke untuk umur sy ?

    ReplyDelete
  7. Serum nutox ni sesuai utk yg da 30 n above. .

    ReplyDelete
  8. Weh, aku baru beli nutox serum ni pakai baru 5% kot. Kalo ada yg nak aku tolak murah2 sebab tengah buat natural remedy. Tonyoh sengkuang cina je dulu. Wasap aku 0182894741. Tq bebeh

    ReplyDelete