Tuesday, October 11, 2016

Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Untuk Tahun 2016

Hai... 


Hari keputeraan Sultan Perak yg sepatut nya 27 Nov hari Ahad, telah bertukar ke 4 Nov bersamaan hari Jumaat. 


Tuanku telah berkenan untuk menyambut hari keputeraannya pada SETIAP HARI JUMAAT PERTAMA PADA BULAN NOVEMBER. 

Untuk tahun 2016, jatuh pada tarikh 4 November. 

Jadi pada hari Jumaat tersebut, rakyat Perak diberikan hari kelepasan / cuti ...

 Sekian...

Wednesday, October 5, 2016

Demam Seminggu

Hai.

Sekiyan lame berdiam. Akhirnye terbit lah sebuah entry. Judul nya demam seminggu hamboi acah acah berite terkini hiburan sensasi angattt.

Demam on off. Makan ubat, kebah. Tak makan ubat, panas. Selsema tahap dalam kepala macam ada elektrik, ada masa2 aku rasa renjatan buzzz buzzzz.. Hoiiih. Seksa. Mulut kering. Pahit. Bibir menggelupas. Kering macam kulit kayu manis tu tauu. Rasa tebal je bibir. Idong tak bau apa. Tersumbat macam ada gajah dok bertapa dalam idong ni.

Selera makan : Zero

Kalo lapo aku minum milo O.  ALLAH, napsu makan tertutup. 



Lama gak la aku tak datang koje.

Makan ubat abih berbungkuih². Makan oren sunkist, kot la mau baik. Minum 100 plus lagiii. Kot badan kurang garam. Hahaha. Dah macam tabib plak aku ni.

Ok.

Genap seminggu.

Tetiba sihat. Alhamdulillah.
Allah bagi penyakit. Allah bagi kesembuhan. Kuasa Dia.

Sebab dah telan  ubat banyak sangatttt..aku rasa macam aku ada sikit ting tong. Hahahahaa. Aku taip ni pun separa ting tong ni. Hahaahha. Itulah. Saja nak cerita. Masa sakit, aku sensetip sangat. Sedih manjang. Hati terusik. Asek nak nangih jeee. Ekceli kitowang ada  plan nk pegi holiday kat Pangkor sebeno nya... Dah aku pun tak sihat, cancel je la.

Ada hikmah setiap yang berlaku.

Redha lah kita pada setiap ujian. Setiap kesakitan kita itu tidak sia2. Semoga Allah gugurkan dosa2 ku.

Pic selepas demam. Sementara tunggu enjin kete panas. Selpi la sikit. 
Woahooooo... Turun 3 kilo yahoooo...kuruihhhh sikit muka...sikit la. 
Siap la pasni selera makan dah ada kompom naik 13 kilo. Hukhuk.