Haiii.
Petang tadi aku buat kuih terpaling sangat very the mudah dan senang...yang penting sedappppp hokey.
Fevret aku ni. Tapi bab gentel memang aku penyegan sikit. Nak cepat siap. Tu sebab onde2 aku ni saiz macam adik bola pingpong..hahaha.
Bahan2 utama.. tepung pulut,gula melaka,kalo takde gula melaka gula johor perak pahang also can, kelapa parut amik yang putih sahaja, pewarna hijau tapi korang kalo ada daun pandan tu lagi torbaek. Setengah orang letak kapur makan sikit. Tapi aku tak letak pun.
Gula melaka ni ye...bukan sup bunjut adabi.
Tepung pulut + air + pewarna hijau (air pandan)....uli hingga jadi doh ye...jangan uli sampai jadi bodoh plak. Hahaha. Ces. Tak lawok.
Gula melaka tu potong kecik2...aku ni jenis potong tak jadi bentuk dah haa...jadi hanchorrr....Tangan tak berapa cermat sangat kot. Ok la ni.
Gentel...isi inti yakni gula melaka yang dipotong kecik2 tu...kendian bulatkan cecanteqq..
Yes..berjaya menggentel 2 ketoi. Tangan gebu2 macam aku ni memang pakar menggentel yeee....hahaha? Satu besor bulat,satu lagi besor kemik. Pakar.
Yesss.. makin banyakkkkkkk.. ni boley pacak payung bUrger Depan umah ni... nak berjual petang2 pun boley ni...."gerai kak win kuih gentel".....hahahahaha...
Oh yess..lupe nak kabo...kukus sekejap kelapa parut tu ye. Letak garam sikit. Bagi lemak2 sikit rasa nya.
Rebus kuih yang korang dok gentel tadi tu dalam air panas ye...bukan minyak panas! Tu menggoreng nama nya , hadek hadek.... Kita nak rebus. Tanda kuih tu dah masak dan boleh diangkat dan toskan ialah.....kuih ni akan timbul dan naik ke permukaan....cecepat angkat ye..
Per lagikkkk...gaul2 la kat kelapa parut yang dah di kukus tu....golek2...golek2....
Siapppppp! Bangga kan bila berjaya menyiapkan hidangan minum petang yang lazat lagi nikmat ni. Petang2 korang buat cenggini. Mesti laki korang ngeteh kat umah jeeee... per barang lepak kat mamak ye dak? Hahaha. Hurmmm.....dengan ini saya bagi lima BintangBintang !