Ehem..
Macam mana nak start ni ek.
Ermm...
Terus pada topik je la kot.
Blog aku ni agak sepi 2,3 bln lepas. Last entry pun sebelum puasa.
Siyesly..
Aku terkedu.
Aku terkejut.
Aku insaf.
Aku sedar akan kekhilafan aku.
Syana dah besar.
Hari tu, kitowang pegi somewhere.... holiday cuti2 malaysia... check in kat hotel MH Ipoh jerk. 1 night.
Hurm...aku pun cam biasa la.. sume benda nak snap. Dari sekecik2 benda ke sebesar besar benda.
Upload fb, upload ig...sebukkkkk dengan media sosial. Alam maya. Langsung bukan realiti. Palsu. Fake. Keseronokan sementara. Tapi masa tu aku tak sedar. Aku anggap its fun to share on media sosial our best moment.
Kemudian...Allah menggerakkan bibir Syana untuk menegur kealpaan aku. Yess.. semua orang giler dengan media sosial. Aku pun. Aku akui. Tapi tumpuan kita tu sepatutnya tak boleh kurang untuk orang2 tersayang kita ni.
Simple word je Syana sound aku.
Terkedu aku di buat nya.
Tak sangka budak sekecil itu boleh menuturkan ayat2 keinsafan pada aku.
Ya.... dia tak suka bila melihat aku busy dengan tablet, hp, snap macam2....korang tau tak macam mane rupa diri kita sendiri ni bila sebukkk dengan gajet? Buruk.
Sangat buruk.
Anak kita tengok kita pun jelik. Budak kecik tengok kita pun menyampah. Asek2 gajet2.... huhhh. Apalah ertinya kita berseronok dengan alam maya sedangkan anak2 kita yakni amanah Allah kita itu terkebil2 mengharapkan sedikit perhatian dari kita.
Allah. Aku bodoh.
Aku buang saat2 indah bersama mereka yg aku tau tak mungkin ia akan berulang lagi.
Aku mohon...semoga kita semua sedar, anak2 ni sentiasa memerhatikan kita. Percayalah.
Limitkan masa anda dengan alam maya.
Weekend tu tak perlu lah on9 sangat. Wasap kengkawan tu tak perlu di layan sangat. Kalo urgent baru lah response.
JUST IMAGINE...Anak pegi dapur nak minum, kita sebuk dengan blog... entry hot la kunun.. perasan...!!! Yang anak terkial2 tuang air... pangggg..cawan jatuh... air tumpah..kita datang, pekik kat dia, marah2 dia...antara yg terkeluar di mulut, 'benda senang pun tak boleh buat ke...' Allah.... hina nya kita...Budak kecik pun kita marah...sebab nya budak tu ganggu tumpuan kita nak tulis entry... Allah... betapa tertipu nya kita dengan mainan syaitan ni. Padahal ganjaran yang tak terkira kita terima kalo kita ikhlas mengasuh anak...
Itu cuma sedikit.
Kita sama2 la fikirkan.
Apa yang kita cari?????
Keseronokan apa yg kita dapat dengan melayan rakan2 alam maya kita tu...
Hak anak kita tu, hak untuk mendapat kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa nya sendiri.... di mana hak mereka?????
Allah...sedarlah manusia....
Hidup terlalu singkat...
Kejar la apa yg sepatutnya kita kejar...
Boleh bergajet, asalkan tidak melampau. Tidak menggangu kosentrasi pd keluarga..
Sekarang, anak2 dah tido baru lah aku tulis entry ni.
Blog sepi tak mengapa... asalkan hati kami tak sepi dengan cinta , meriah dengan kasih sayang. Aku lebih senang abadikan kenangan aku kat ig je... senang... tak payah panjang lebar menulis...seminit pun tak sampai untuk upload pic dgn caption...aku cuba mininize kan masa dgn internet.
Buat suamiku, ampun dan maaf sekiranya selama ini saya pernah mengabaikan awak dan anak2...
Khilaf nya saya waktu itu.
Semoga kita semua sedar.
Sayang,
Azuin...
-11.08 pm-
No comments:
Post a Comment