Monday, March 31, 2014

Jangan buat lawak nak mengenakan orang pada 1 april...

Sume org hon kete ko ,lambai2, pastu tegur hai jason..lawak ke?
Dah abis minum,tetiba gelabah..aku minum racun? Lawak sangat ke?

Ada orang suka nak mengenakan orang bila  tiba 1 april. April fool? Kejadah apa ko nak sambut ari tu? Jangan sambut ok...pastu ada plak siap pesan,bila kena prank ari april fool ni kita tak boleh marah. Watdehell. Ko tau ke asal usul mana datang nya april fool tu? Sila gugel ok.

Kenapa orang islam tak boleh sambut april fool? Gugel itu jugak. Yang aku benci tu,beriye iye plan nak prank kan orang..pastu jerit "april fool" kuat kuat bila plan dah berjaya dilaksanakan. Puihhhh.. ko mengfoolkan diri sendiri la beb! Nampak sangat kefoolan ko tu. So far aku tak penah kena prank yang melampo sangat.

Takat kengkawan bawak lipas plastik yang non hado tu ada la..masa time sekolah dulu la..rasa nak tampo muka lipas tu dgn muka budak bengong tu. Carilah binatang plastik yang ganaz sikit brader..harimau kumbang ke,singa laut ke,kuda kepang ke... choi sangat tengok ko kuhulu hilir membawak lipas cinonet tu. Macam spastik man je ko tu.

Ok,aku buat kesimpulan..jangan buat benda yang menampakkan kebodohan ko.

Sunday, March 30, 2014

Basikal baru untuk kakak..lesen baru untuk aku

Hari jumaat 28mac aku keje half day. Nak renew lesen. Aku bukan pemandu P lg ok. Kehkehkeh. And now I would like to announce you that I'm a holder of cdl license..OK I want to hear your big clap for me!!!!


Yeahhhh. Kete aku no more sticker p. No more rendah diri. No more malu malu. Hahaha. Bangga nya seluruh jiwa raga aku. Masa nak buat lesen tu aku tak bawak gambar. Ingatkan tak guna. Aku bawak ic dengan lesen p je laa. Rupanya jpj nk gambo. Nasib baik la kat kaunter tu boleh trus snap gambo. Ko duduk situ diam diam..nanti camera kecik tu snap muka ko yang tengah minyak minyak tu. Lipstick pun ko tak dan nak calet. Yang aku hangin tu tengah aku duduk dengan senyuman bajet hot tu blh syana tergelek gelek kepala dia depan aku ngajak nak balik. Adehhh. Sabor je la.



Yang ayah dia tgh dukung izzara kat luar. Aku jegil mata kat dia..tunggulah kejap kkak..nasib baik org tu tak snap gambo aku tengah jegil bijik mate. Hahaha.mesti macam muke Mak lampir. Sekejap je dah siap lesen tu. Tak sampai 5 minit pun.



Muka aku dalam lesen ni memang terserlah kestressan ye dak. Mana kan tidak,kakak dok tepi aku sambil nangis nangis.. Blh bayang tak. Stress ok. Nak balik tu ujan pulak.


Lepas tu kitorang pegi kedai basikal. Dah janji dengan kakak kalau die rajin pegi sekolah,basikal baru akan menanti. Hihihi. Kemain suka dia..dia pilih kaler pink. Canteqq gak. Aku masa kecik kecik memang tak merasa la dapat basikal ke hadiah ke walopon rajin pegi sekolah. Hahaha. Itulah perbezaan budak budak dulu dgn skang. Semoga kakak akan lebih bersemangat pg skolah dan belajar dgn lbh gigih.


Taraaaa.. Sikit je lagi nak jd muka Mak lampir.



Basikal Baru..tanda harga tu lakonan semata. Harga yang cina tu bagi RM 190.. OK..deal!







Toy Story

Buzz & woody, friends forever

Cite fevret kakak...astro ni plak memang rajin tayang cite ni...aku sampai dah boleh hafal skrip cite ni...Toy story 1 mengisahkan woody yang iri hati dengan permainan baru andy iaitu si buzz lightyear...andy ada jiran yang sadis. Nama nya sid. Kehkehkeh...sid suka letupkan mainan. Saiko btol budak tu.

 Toy story 2 pulak mengisahkan woody yang di culik oleh lelaki ayam dan ingin menjualnya ke jepun untuk ditempatkan dia ke dalam muzium. Aku tak minat sangat toy story 2 ni.

 Toy story 3 paling syookkkkk. Sedih sangat. Andy dah besar,nak masuk kolej. Jadi dia dalam dilema apa yang patut dia buat dengan mainan dia yang banyak tu. Oh sangat sedih.. ending nya diorang dapat tuan baru...budak pompuan. Tapi diorang tetap gembira dengan tuan yang baru tu sebab diorang masih bersama. Layan jugak tengok cite ni. Banyak konflik sampaikan kita akan terbayang toys yang kat umah kita ni pun hidup macam woody...hihihi..terpengaruh sangat tu. 

Tuesday, March 25, 2014

; D

Syana pada hari beliau genap 4 tahun. Camne la dia bila 24 tahun kan? 

Monday, March 24, 2014

MH 370...

Siapalah kita untuk menidakkan takdir Nya
Siapalah kita untuk menyangkal percaturan Nya
Siapalah kita unuk mempersoalkan ketentuan Nya
Hanya Yang Maha Esa tahu apa yang berlaku semalam,hari ini,esok,masa hadapan..



Hanya Dia yang mengetahui apa yang berlaku sebenarnya
Kita mungkin boleh membuat spekulasi itu ini
Tapi akal kita takkan termampu untuk membayangkan kuasaNya
Apa yang berlaku semuanya ada hikmah di sebalik kejadian


Ya,kita sedih..kita sayu,kita gelisah..kita hampa
Seluruh dunia menunggu
Seluruh dunia mengharap
Tapi Allah s.wt adalah sebaik-baik perancang
Jauh di sudut hatiku masih mengharapkan keajaiban
Selamatkanlah mereka ya Allah


Namun aku tetap redha
Berat mata kita memandang,berat lagi bahu yang memikul nya
Semoga kita kuat menghadapi kenyataan ini
Semoga kita saling ingat mengingati
Bahawa kita semua ini adalah makhluk Nya
Dan kita adalah lemah dan hanya mengharapkan pertolongan Nya










Sunday, March 23, 2014

Nurinsyiana Darwisyah (syana) a.k.a kakak

Anak dara aku yg sulung ni umur 5 tahun dah. Beliau bersekolah di Prasekolah di Sek Kg Batu 3. Syana lahir pada 16 ogos 2009,hari ahad. Pada hari jumaat 14 ogos tu aku dah admit hosp t.intan,sebab doktor tak bagi overdue memandangkan aku darah tinggi..pagi sabtu 15 ogos, subuh-subuh lagi aku dah mandi siap siap,bergerak ke labour room untuk di induce..tapi tak berjaya. Sakitttttttt nyeeee.. rasa nak meletup perut aku.tapi jalan belum bukak .

Petang nya aku masuk wad semula. Lepas dah masuk wad tu aku rasa macam dah turun air ketuban..tapi tak tau pun air apa sebenarnya tu..malam tu tido macam tak tido je..takde sakit pun. Cuma tak selesa..air jernih tu tetap turun.. Subuh ahad tu pun pun macam tu jugak. Induce kali kedua..pun tak berjaya. Sakit nk meletup perut je. Jalan tak bukak jugak. Mase ni air jernih tu dah tukar jadi air yg berdarah..masuk labour room yg 2nd stage tu...katil sebelah tu tgh meneran...aku dah cuak dah ni...perut dah sakit tapi baru bukak 3 cm.

Aku boleh tertido mase doctor buat ve. Hehehe. Penat tahan sakit kot..dah pukul 3 ptg lebih aku dah tahan..mintak kat doktor terus buat czer. Doc tetap suruh cuba dulu.. masalah nya bukan aku tak boleh tahan sakit,aku dah lenguh kaki,penat gile,pastu aku tau aku takkan mampu nak push. Pastu coc tu diskus dgn doc lain..die datang,die ckp,ok puan kite buat operation memandangkan jln tak bukak dan air ketuban dah keluar lbh 24 jam..lega rasanya..terus nurse kelamkabut nak prepare aku..nasib baik dah shave awal awal lg dah..adik aku dah pesan dulu.. takut jadi macam ni la...masuk lif,masuk ot..omaigod... aku dah cuak.

Masuk je bilik tu...doc bius standby nk inject tulang belakang...dah siap tu,datang la doktor pompuan dg chain saw di tangan kanan,dan kapak di tangan kiri..eh, tak lawak hokey..hihihi...aku pon tak sedor sangat time operation tu..aku dengor bunyi baby menangis..anak sape la memekak kat sini...kikiki...rupenye anak sendiri...dah siap jahit semua,nurse bawak baby tu kt aku..aku tengok mata dia,die tengok mate aku...oh indah nya saat itu..

 Sedar tak sedar,dah 5 tahun dah dia. Dia lah pak lawak kat rumah kami..kuat loyer buruk..kuat merajuk..garang pun boleh tahan jugak. Kepada kakak,ammi dan ayah sentiasa mendoakan yg terbaik untuk kakak. Kami sentiasa menyokong kakak. Semoga kakak menjadi anak yg solehah, insan yang berguna kepada agama. Kami sanggup berkorban apa saja untuk kebahagiaan kakak..oh so tacing...



Syana dengan pose trademark nya.





Syana,syana,syana..




Permata hati ku.

Friday, March 21, 2014

Kenduri kahwin di Tanah Rata,Cameron Highlands.

Pada 7-9 mac 2014 yg lalu,kami sekeluarga telah berhabitat di cameron 3 h2 m sempena meraikan majlis perkahwinan anak saudara suami aku,elin namanya.. Malam pertama tu kami check in di Hotel Muslim,berdekatan dengan hotel Century Pines. Rumah kakak ipar aku tu kat kuaters polis belakang Century Pines tu.Water heater problem,katil pun tak selesa..nyamuk banyak,comforter pon kecik. Nasib baik bebudak ni kecik lagi. Boleh kongsi comforter.Aduh,mnyesal pon ada. Takpe. Kita sabor ye.

Tapi sebab takde pilihan,gagaghkan jugaklah. Esok memang carik hotel lain. Musti! Kenduri nya hari sabtu,tp kami naik cameron hari jumaat. Pagi sabtu tu terus pakai cantik-cantik..baju nak pg kenduri..sekali check out terus..Laki aku dah survey the Planters hotel,kat tengah pekan tanah rata..Superb! Memang ok sangat..luas,katil selesa,bilik air beso. Cuma masalah kat tempat parking je la..Nak cari makan pun senang.

Dok cameron ni memang lapor je semedang..jangan pelik la. Pukul 12 tengahari ko makan nasik,kul 4 kang tekak ko gatal nk menasik lagi..kul 5 ko sibuk cari biskut nak kudap-kudap.hihihi..Trip kali ni kitorang tak pegi mana sangat..izzara demam..batuk nye lg..sian dia.Masa kenduri tu pun aku dok dlm khemah camping tu je..angin kuat,kalo tak tahan memang blh kena selsema..pastu balik blk hotel,tido...hahaha..syok nya tido tempat sejuk..rasa mcm dok london.

Kitorang tido mlm kedua tu memang selesa. Pasni kalo nak datang cameron memang dok planters ni la jugak..terjatuh hati la plak dengan design english style nye. Hari ahad tu kitorang dah turun tapah. Cenggitu lah cite nya.. Meh nengok gambor sikit.


Name tag kami semua.Sila pakai ye murid-murid semua,kalo tidak anda akan dihukum kutip sampah di padang..




Kat lobby hotel The Planters? Masa ni baru nak check in.




Pelamin. Anak sapa plak inteprem ni? Sambil menggigit plastik biskut..tu tanda nya die lapo.




Check out jom..balik ke tempat paneh semule..



Izzara laporrrrrr..nasib baik dlm henbeg memang ada simpan biskut die tu. gelojoh nau ko makan tu nak.


Itu je la yang aku nak cite.. boring ye...sape suh ko bace..kahkahkahkah..aku yang menaip ni pun menguap 16 kali dah ni..

Assalammualaikum....hai kpd diri sendiri..hai kpd kamu semua yg sedang membaca dan sedang mencebik...lantak korang lah..eh panjang nye title.

Taip entry ni guna bloggeroid...baru reti ni. Hishhh,orang len nak berblog ko pon gedik gedik nak jugak! Pastu mula la dok penin nape la gambo tak boleh nak upload...pakei app ni senang sikit...ko dah nape? Jakun sangat ke ape...hahahaha...aku dah start merapu...dah lame install bloggerdroid ni ekcili...tp tak pandei guna...aku pandei ni sbb aku termenung kat ruang menunggu depan konter kesayangan aku ni...kak ipa dgn ira cuti...saje je deme ni tinggalkan aku seorang diri. Aku keseorangan sambil menonton telemovie janji si bidadari. Tengahari ni aku tak makan pun. Ingat nak drive tru mekdi..maleh la. Paneh kat luar tu. Dalam ni ekon sejuk.besttt. ok..aku nak sambung kerje. Asek asek hello,helo,hello.. nyampah aku.



       
                                                 Mummy wit izzara

Thursday, March 20, 2014

Shiannn..sorang2 le aku ari ni..

Buhsaaaaaannn.. Ari ni jumaat tak blh merendek sbb Geng bercoti. Tgk tv drama melayu je la.



Boleh tahan poyo jugak ye bile buat-buat tgk tv.

Monday, March 17, 2014

Testing

Elloo..somebody plis answer me..kikiki

bila la nak pukul 5 ni...entry macam up status kat fb kekdahnye

Lahaiii..baru pukul 4 suku...aku dah boring sangat ni...publik yang hello hello pej ni plak sume nye sengal tahap masuk ayor. Uish..hujan lak kat luar nun....damai nya rasa hati...oh hujan turun lah kau membasahi bumi yg ketandusan ini...aku rindukan bau mu,aku rindukan derik derik bunyi mu (ujan bunyi macam tu ye)....bersyukur lah dengan nikmat ini..terima kasih ya allah...

Saturday, March 15, 2014

kehkehkeh

Ye..aku memang kuat gelak. Kadang kadang benda tak lawak sangat pun tapi aku blh gelak dgn sungguh sungguh..aku rase aku normal..korang rasa? Kehkehkeh..ok,now shatdap azuin!