Sunday, March 23, 2014

Nurinsyiana Darwisyah (syana) a.k.a kakak

Anak dara aku yg sulung ni umur 5 tahun dah. Beliau bersekolah di Prasekolah di Sek Kg Batu 3. Syana lahir pada 16 ogos 2009,hari ahad. Pada hari jumaat 14 ogos tu aku dah admit hosp t.intan,sebab doktor tak bagi overdue memandangkan aku darah tinggi..pagi sabtu 15 ogos, subuh-subuh lagi aku dah mandi siap siap,bergerak ke labour room untuk di induce..tapi tak berjaya. Sakitttttttt nyeeee.. rasa nak meletup perut aku.tapi jalan belum bukak .

Petang nya aku masuk wad semula. Lepas dah masuk wad tu aku rasa macam dah turun air ketuban..tapi tak tau pun air apa sebenarnya tu..malam tu tido macam tak tido je..takde sakit pun. Cuma tak selesa..air jernih tu tetap turun.. Subuh ahad tu pun pun macam tu jugak. Induce kali kedua..pun tak berjaya. Sakit nk meletup perut je. Jalan tak bukak jugak. Mase ni air jernih tu dah tukar jadi air yg berdarah..masuk labour room yg 2nd stage tu...katil sebelah tu tgh meneran...aku dah cuak dah ni...perut dah sakit tapi baru bukak 3 cm.

Aku boleh tertido mase doctor buat ve. Hehehe. Penat tahan sakit kot..dah pukul 3 ptg lebih aku dah tahan..mintak kat doktor terus buat czer. Doc tetap suruh cuba dulu.. masalah nya bukan aku tak boleh tahan sakit,aku dah lenguh kaki,penat gile,pastu aku tau aku takkan mampu nak push. Pastu coc tu diskus dgn doc lain..die datang,die ckp,ok puan kite buat operation memandangkan jln tak bukak dan air ketuban dah keluar lbh 24 jam..lega rasanya..terus nurse kelamkabut nak prepare aku..nasib baik dah shave awal awal lg dah..adik aku dah pesan dulu.. takut jadi macam ni la...masuk lif,masuk ot..omaigod... aku dah cuak.

Masuk je bilik tu...doc bius standby nk inject tulang belakang...dah siap tu,datang la doktor pompuan dg chain saw di tangan kanan,dan kapak di tangan kiri..eh, tak lawak hokey..hihihi...aku pon tak sedor sangat time operation tu..aku dengor bunyi baby menangis..anak sape la memekak kat sini...kikiki...rupenye anak sendiri...dah siap jahit semua,nurse bawak baby tu kt aku..aku tengok mata dia,die tengok mate aku...oh indah nya saat itu..

 Sedar tak sedar,dah 5 tahun dah dia. Dia lah pak lawak kat rumah kami..kuat loyer buruk..kuat merajuk..garang pun boleh tahan jugak. Kepada kakak,ammi dan ayah sentiasa mendoakan yg terbaik untuk kakak. Kami sentiasa menyokong kakak. Semoga kakak menjadi anak yg solehah, insan yang berguna kepada agama. Kami sanggup berkorban apa saja untuk kebahagiaan kakak..oh so tacing...



Syana dengan pose trademark nya.





Syana,syana,syana..




Permata hati ku.

No comments:

Post a Comment