Friday, October 23, 2015

Program Pembangunan Modal Insan Siri 18 / 2015 (part 1)

Hai. Assalammualaikum.
Maciam yg dijanjikan, aku buat entry serba sedikit berkenaan kursus yg aku baru hadiri kelmarin.

Peserta kursus ada 102 org. 40 org je pompuan. Tak ramai.

Peserta dari opis aku 4 org termasuk aku. Aku sorang jeee pompuan. Phewww.
Kami naik kenderaan jabatan. Tq Mi !

Wan sorang je binik dia anto dgn kenderaan sendiri. Tau la umah mil dekat...hehe..untung arrr.... :)

Kitowang sampai kbnuk (kem bina negara ulu kenas) tu dalam kul 12 tghari. Register...dapat beg kursus..urusetia bagitau serba sedikit maklumat dorm aku. Kendian aku pun bergerak ke dorm Langkap A. Dorm yg paling depan...paling glamer sebab kat situ dorm paling dekat dengan 'tiang bendera'... Kat sini takde coverage tau. Bertabah la. Area tiang bendera tu je yg paling cemerlang. Haha. Korang jgn tak percaya, aku siap beli simpack Altel tau. Ingatkan altel ok. Rupa nya,sendu.... Seb baik meksis ok. Kat katil aku tu, dapat 1 @ 2 bar. Alhamdulillah. Wasap, msg, takde masalah. Sempat gak up status kat fb. Haha. Cuma bila nak calling2 tu aku kena dok area koridor dorm tu. Huhu.


Ni aku bagi nasihat sikit, baju tu korang tak payah la beriya sangat vogue de vasss..kebaya is no no . Apalagi dress cutting princess plissss jgn bawak. Pakai je baju yg korang selesa. Fasilitator tak marah. Tudung plak elok la ko pakai bawal...nipis dan berangin. Satin shawl jgn bawak. Peluhhh tengkok hoi. Cuma utk penutup program je korang kena pakai yg semenggah sikit sebab Dato Shaarani akan turun.

Kasut seelok nya flat shoes yg bersarung. Kelas jauh hoi. Naik turun tangga. Selipar jamban jgn lupa. Kang korang nak pg blk air camne kan. Kasut sukan sekali ye. Time aku ni jerebu kuat, jadi aku tak bawak sport shoes. Dah sah2 tak boleh buat xtvt outdoor kan. Sepanjang kursus tu cuma sekali je buat xtvt riadah pagi. Riadah petang pun takde. Untung gak time aku pegi ni jerebu.Riadah tu pun buat regangan simple2 je.. setengah jam macam tu la kot.


Huh. Dah biasa hidup senang, sekali sekala menapak kesana sini memang pancit!!! Nak ke dewan makan kena jalan jugak tau. Kalo maleh nak menapak , korang nak room service ala ala hotel bolehhhhh.....boleh blahhhhhhhh. Hahahahaha.

Bawak baju yg selesa,mudah bergerak, menutup aurat opkos, dan menyerap poloh.

Kalo xtvt perkongsian minda tu memang buat kat dewan cemara. Ekon sejukkk hoiii. Tapi bila xtvt jana minda yg korang kena dok dlm grouping tu, korang akan hangat pijoooor. Bilik takde ekon ok. Dengan lalat nya lagi.. Asek mengibas muka dgn buku. Lalat ni datang dari tempat ternakan ayam yg berdekatan dgn kem ni. Huarghhh. Tensi sgt lalat ni.

Bilik air kat belakang dorm. Air paip tu air sungai ye. Sojukkk.. Time aku tu air jernih je. Takde keladak. Time orang lain keruh sebab ujan kot. Aku rasa bilik air ni takde masalah sangat. Janji ada air cukup, ada bilik menung yg bertutup, ada tempat mandi personal. Kecik pun takpe janji tak payah mandi reramaiii... Cuma yg tak syok tu bilik air tu dekat pokok besarrrrr gilerrr... Aku takuttt.

Jadi tengah malam kitowang akan 'iklan' kejap sesapa yg rasa nak join terkucil. Pegi sensorang memang tak lahhh. Belakang bilik air tu memang ada sungai. Bunyi yg mendamaikan pd waktu siang. Tapi bila malam, ko akan seram yg hamat walupun masa tu baru pukul 11... Hihi. Banyak sangat tengok cite hantu kan. Masa tu memang terbayang cite suster ngesot, ju on, satu mlm kubur berasap...teringat Scary movie yg scene mandi shower,then antu tolong shave bulu ketiak tu pun aku dah tegak2 bulu tengkok oi. Bodo angattt. Haha.

Abih xtvt malam , selalunya kul 11 lebih..korang jgn ngengada nak mandi plak. Gedikk angat mandi kunun. Kang cramp kaki ko tu kat blk air baru tau. Ko tak tau suhu air tu bawah takat beku!! Haha.Berjemaah la reramai utk gosok gigi, cuci muka dan kosongkan pundi kencing siap2. Tips, Start kul 6 ptg jgn galak beno minum air. Kang terkucil tgh mlm camne. Tetiba orang sume tido matik. Jenuh. Hehe




















Sambung la ye...jari krem ;)

No comments:

Post a Comment