Sunday, January 29, 2017

Mekap Ala Korea

Hai..

Sembang pasal memekap kan diri gitchuu.
Hahaha.
Ni aku buat research sendiri je.. Ayat straight to de point je tau.
Takde la aku mintak tips dari memane MUA ye...kang kome cakap aku ciplak plak.. Huhu.

Hokey.. Aku tak layan drama korea tapi cukup minat dengan teknik mekap korean ni..

Kawaii. Comel..cute..

Korea gurls mementingkan kulit yang
GLOWY.. Glowy ni senang cite nampak berkilat,macam lilin. Haaa.. Ada kesan licin dan lembab kat muka deme kan.. Kulit nampak dewy.. Kebasahan gitu.. Tapi bukan berminyak tauuu..ada beza ye.

Perasan takk..deme tak guna teknik contouring... Muka mereka mulusssss dan natural. Highlight kat tulang pipi sudah memadai. 

Mereka menggunakan bb cream or cc cream pada kulit mereka untuk menghasilkan kulit yg flawless...di ikuti dengan loose powder..

Lipstik plak warna cerah contohnya pink,fuschia,nude,oren.... Memang derang tak guna warna gelap2.. Dats why derang nampak muda dan teenangers. 

Teknik pemakaian lipstik plak, teknik gradient lips.. Yakni menggunakan 2 atau 3 jenis kaler. Memula sapu nude kaler lipstik kat seluruh bibir. Pastu gunakan kaler lain kat bahagian dalam bibir. Cer tengok youtube..banyak tuto yg korang blh belajar. Ha..  Ni korang kena banyakkkkk prektis. Hahaha. Aku ni sebab bibior tebal kot.. Selalu tak jadi..hahaha.

Eyeliner part plak. Ok.. Lupakan teknik smokey eyes atau cat eyes yang ada lirikan tajam pd penghujung mata. No no no. Orang korea, suka pada mata sendu atau innocent eyes. Senang cite, mata nampak sedeyyyy je..hahaha. Sengaja mereka lorekkan eyeliner sekerat atau kebawah untuk memberikan effect mata sedeh.

Eyeshadow mereka hanya natural color.. Light pink atau light oren..
No smokey teknik ye. Hanya satu warna.

Kening mereka dilukis dengan tidak ber 'arch'.. Makna nya takde lengkungan .. Lurus dan tebal.. Seolah² tak pernah mecabut atau mencukur bulu kening .. Sekali lagi kening mereka seolah2 bersedih... Kannn. Tapi cantik. Tampak reaksi muka yg natural dan sweet. Berbeza dengan teknik mekap yg lain, yg mementingkan rupa yg "garang"...

Korang boleh try... Kalo suka.. Mesti korang fefeling Jhi Hyo..mana aku kenal retis korea.. Eh..betul ke ntah aku taip tu ntah..hahaha.


Kann.. Nampak berlilin muka dia ni.. Mata senduuuu kan..macam baru lepas gaduh dengan boipren. 


Ehh..nak jugekkk..
Kening di tebalkan..tapi sebab kening aku memang jenis arch tinggi dan bulu jening halus² , tak reti aku nak luruskan. Abih tebal la ni..haha.
Mata  dilukiskan sekerat.. Eyeliner itam. Kalo guna coklat pun boleh. Eyeshadow kaler pink. Tapi sangat nipis.. 
Lipstik guna teknik gradient..2 kombinasi warna. hehe. 
Ni utk mekap hari2 biasa je tau..
Nak pegi opis sesuaiiii sangat.. Sweet2 gitu. 

Kalo ada dinner korang pakai lah fake eyelashes utk nampak glam. Hehe.

Try lagi ye jika hasil mekap tak memuaskan hati.
Usaha tanda kejayaan kata song jhi hyo.  
Hahaha.
Kat ig ada acc yg memang buat tuto mekap 
Korean ni. Korang search @korean.makeup.style takpun search je hashtag #koreanmakeuplooks
Baii. 

Saturday, January 28, 2017

Adik Beradik

Di satu sudut..
Merengek..menangis tersesak- esak..

Datang si kakak,memujuk..
Bertanya pada si adik apa yang tidak kena..

Diam..
Hanya muncung mulut di beri..

Si kakak bertanya lagi..
Tidak berputus asa..
Meski dia sedar usaha nya mungkin sia- sia..

Diam..
Kali ini si adik merangkul tangan kakak..
Erat..
Memohon perlindungan dan sokongan barangkali..

Si kakak lantas memberi jaminan..
Tak mengapa adik, ammi tak marah..
Mata si adik seakan bersinar..
Yakin dengan jaminan kakak..

Si kakak memandangku..
Memberi isyarat padaku..
Supaya berhenti memandang adik seperti singa mahu menelan kancil..

Supaya adiknya tidak takut lagi..

Ahhh..adik..
Sengaja kau mencari kakak agar kau selamat..
Dari dimarahi kerana berkelakuan nakal..
Bijak sungguh adik walau baru empat tahun..
Mujur kakakmu sangat menyayangimu..

Kakak..
Jiwamu bersih..
Hatimu polos..
Mana mungkin aku akan berkasar dengan adikmu..
Jika hanya kesalahan kecil..
Aku hanya ingin mendidik..
Agar berkelakuan baik..
Agar lebih berdisiplin..

Aku tertawa dalam hati..
Bangga melihat tindakanmu melindungi adikmu..
Sungguh kau seperti adiwirawati..

Kakak,adik..
Kerana kamu adik beradik..
Kerana kamu berasal dari ruang rahim sempit yang sama..
Kerana kamu berkongsi ayah ibu..
Kerana kamu anak anak ku..
Aku bermohon supaya kamu berdua berkekalan seperti ini..
Menjaga antara satu sama lain..
Andai kami pergi dulu..

Allah..  lindungilah mereka..



*punca ammi marah adalah kerana rumah yg sangat bersepah hasil 'kerja' adik...
Hakhakhak.

Sunday, January 22, 2017

Muscle Injury

Hai gais.

Aku bukan orang sukan.. Bukan atlet..

Haha.... Tapi aku mengalami kecederaan otot minggu lepas. Cerita nya..Aku berzumba ari tu, pastu aku buat jumping jacks. Wahh. Bunyi macam terer.. Padahal aku tak buat stretching dgn cukup. Kesan nya...uwarghhhh..nanges wei.

Dapat mc 3 hari dari klinik kesihatan.. Skang ni pun masih sakit..tapi ku gagahkan jua untuk hadir bertugas..

Berhencot hencot la aku naik tangga. Mohon simpati .. Hahahahha..

Doc ada pesan, jangan paksa diri sangat. Kalo rasa tak boleh diri, duduk. Gitu..


Sakit nya Tuhan yg tau.. Rasa menyucuk dan lenguh yg sangat².. Bila malam tengah tido, memang tak lena dibuatnya.  Sesekali datang rase sakit tu. Perghh..


Semoga aku cepat sembuh. Aamin.


* tidak dibenarkan berurut jika anda mengalami kecedaraan otot ini. Please dengar nasihat doc.. Tlg jangan dengar 'nasihat' dari orang yg tidak bertauliah.. Hehe ..

Tuesday, January 10, 2017

Perak Kini 12 Daerah

Hai. Negeri Perak D.Ridzuan kini 12 daerah uolls.

Dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 9 Jan 2017..daerah baru ini diberi nama  BAGAN DATUK. Pengisytiharan dibuat di skolah SABDA.. Kami tak pegi pun... Huhu..

Disebabkan heli Tuanku mendarat di Padang Speedy T.Intan..kami pun berpeluang utk melihat secara dekat Tuanku dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim..

Kacak dan jelita. Sungguh.

Hehe.

Tuesday, January 3, 2017

Syana Tahun 2 Dahhh..

Haii haiii.

Semalam hari pertama persekolahan kan. Huhu. Aku yg cuti panjanggg ni pun terasa dedor² angkara malassaniosispertemia. Ko jangan gugel. Takkan ko jumpa penyakit tu punye. Hahahhaa. Aku sorang je ada sakit camtu...

Jadiknya, pagi nya aku ngan laki aku pun bizi la nak menyiapkan syana ke skolah. Rutin biasa. Agak stress. Agak penat. Tapi jangan merungut. Tak baik.
Bekalkan sosej goreng je. Dia memang tak makan nasik ke bihun ke mee ke time rehat sekolah. Tak biasa kata nya.

Laki aku memang dah mintak cuti siap². Dia la yg uruskan urusan pendaftaran semua tu. Maceh ayah. Nanti ammi belanja burger ayam spesel. Ahaks. Ammi doa dari jauh je. Bukan tak ambik berat. Tapi awal2 tawun aku kena jimat cuti.. Hahaha. Supaya hujung tawun boleh cuti panjang lagi..yahooo. Eh tetibe.

Haa..cite pasal yahoo. Syana ni punya lah teruja lebihhh nak pegi skolah, dia jerit "yahoo" bila aku suh dia pakai stokin  kasut bagai..kemain suka nak jumpa kawan2 dia. Haha.

Mak ayah nye mana penah yahoo yahoo bagai bila time nak pegi sekolah... Aku dulu muka jebik jeee..tunggu masa ayor mata nak berlinang... Hahahha.

Ayah nya mungkin la rajin sikit.. Dia dulu budak baik. Dulu aaa.. Long time ago. Kahkahkah.

Adik pun eksaited tengok kakak nak pegi sekolah. Adik sabor ye. Tahun depan adik boleh pegi sekolah pra. Tahun ni adik huha huha lagi. Tahun depan adik huhu la kena bangun awal pagi. Haha.



Kakak meh amik gambo dulu. 
Macam kilat adik datang, hahaha. Tumpang wefie sekali. 
Dengan pampers berat nye, nak gak nyelit. hahaha...
Mural di dinding hasil kerja tangan mereka. Kakak menyumbang kerja 80%. Adik 20%. Keuntungan belum dipastikan nak bahagi camne. Ahaks. 
"Cepat lah ayah.. Enjin da paneh ni.. Tunggu apa lagi tu..."

Hamboi. Ngalahkan guru besau heksaited kamu ye. 
Oh ya..di sebabkan ada kes buku ilang masa syana tahun 1 dulu..aku dah snap satu satu buku² syana..

Susah beno bila pegi book store, nak beli buku baru, tapi tak ingat kulit buku tu camne ghopenye.. Jenuhhhh.. Haha.
 



Monday, January 2, 2017

Sembang Cameron

Hai.

Sambung cerita cameron. Muak tak muak takkk. Hahahaha.

Beli kat Sg Palas Boh.. 


Siap bancuh green tea latte tu..sodappp. Yg vanilla tu aku tak gemor sangat tapi laki aku sukeee.
Satey Cameron Highlands yg di beli di gerai makan Brinchang. Kat gerai tu macam2 ada jual. Nasik campor,nasik ayam,western food. Harga nya mampu milik mampu bayar. Hehe. 
Beli kat pasar Tringkap. Datang sini wajibbb makan ni utk tea time. Keledek ball. Jemput² keledek. Lembutttt nya lahai. Hari pertama kitowang beli kat area Kea Farm tak sedap langsung. Keras kejung. Huh. Nak marah la ni. 
Hari ketiga baru jumpa yg sedap ni. Dedolu memang beli kat sini tapi sebab kompius, tu yg terrrrbeli kat kea farm tu.. Ghopenye kat gerai area Tringkap  yg jual keledek ball ni..

Limau cameron. Manisss. Tak besar buah nya. Sedang² aje. Wangi. 

Teh paneh, stoberi smoothie, stoberi scone, stoberi cheese cake. 


Box Port di Tanah Rata. Gerai² yg di himpun dalam satu port.  Gerai2 nya dalam kontena. Tempat makan open air.  Aku makan nasi kerabu. Laki aku makan nasik ayam penyet. 
Tempat parking luas. 
Ada gerai jual macam² kat luar. 
Toilet pun dalam kontena. Hahaha. Aku dgn kakak 'berpeluang' guna toilet..siap ketuk2 dinding toilet yg kakak guna kat sebelah sbb dinding tu nipis.  Kekek2 kami gelak sbb rase cam klakar pulak..hahahha. 
 
Maggi hot cup masa pegi holiday di benarkan. Kat umah no no no. Sejuk2 makan megi dengan milo panas memang syahdu..hahaha.