Di satu sudut..
Merengek..menangis tersesak- esak..
Datang si kakak,memujuk..
Bertanya pada si adik apa yang tidak kena..
Diam..
Hanya muncung mulut di beri..
Si kakak bertanya lagi..
Tidak berputus asa..
Meski dia sedar usaha nya mungkin sia- sia..
Diam..
Kali ini si adik merangkul tangan kakak..
Erat..
Memohon perlindungan dan sokongan barangkali..
Si kakak lantas memberi jaminan..
Tak mengapa adik, ammi tak marah..
Mata si adik seakan bersinar..
Yakin dengan jaminan kakak..
Si kakak memandangku..
Memberi isyarat padaku..
Supaya berhenti memandang adik seperti singa mahu menelan kancil..
Supaya adiknya tidak takut lagi..
Ahhh..adik..
Sengaja kau mencari kakak agar kau selamat..
Dari dimarahi kerana berkelakuan nakal..
Bijak sungguh adik walau baru empat tahun..
Mujur kakakmu sangat menyayangimu..
Kakak..
Jiwamu bersih..
Hatimu polos..
Mana mungkin aku akan berkasar dengan adikmu..
Jika hanya kesalahan kecil..
Aku hanya ingin mendidik..
Agar berkelakuan baik..
Agar lebih berdisiplin..
Aku tertawa dalam hati..
Bangga melihat tindakanmu melindungi adikmu..
Sungguh kau seperti adiwirawati..
Kakak,adik..
Kerana kamu adik beradik..
Kerana kamu berasal dari ruang rahim sempit yang sama..
Kerana kamu berkongsi ayah ibu..
Kerana kamu anak anak ku..
Aku bermohon supaya kamu berdua berkekalan seperti ini..
Menjaga antara satu sama lain..
Andai kami pergi dulu..
Allah.. lindungilah mereka..
*punca ammi marah adalah kerana rumah yg sangat bersepah hasil 'kerja' adik...
Hakhakhak.
No comments:
Post a Comment