Weekend yang lepas,kami jalan2 ke Teluk Batik...
Ekcelli,besday Syana yang ke 5 jatuh pada 16 Ogos yang lalu..tu yang bawak dia tido hotel..tu pun dia dah hepi giler. Hotel pun biasa2 je. Bukan nya 5star pun. Hihihi.
Haaaa...hotel kitowang ni Valley View Hotel..depan kuaters TLDM...katil queen dgn single..RM 94.. rate weekend ke weekday ke school holiday ke..sama yeee. Untonggg kann.
Aku cerita berdasarkan gambo je la ye. Tak kuasa nak menyusun kronologi peristiwa mengikut turutan masa plak.. Ai is bizi. Hakssss.
Marina Cove Waterpark..ni kitowang gi ahad..pagi2 kitowang dah masuk sini..dari hotel aku dengan tempat ni dekat je..syokkk mandi kat sini. Airnya tak dalam..sesuai bawak budak..petang sabtu tu kan kitowang gi mandi laut...ish..tak boley lepa dengan Syana ni.. ntah mana2 dia pegi.. kat waterpark ni rasa selamat sikit.
Air ni tawar jadi mata izzara pun tak pedih. Korang nak taw dak..izzara mandi laut,jelir lidah tawww. Pastu dia jilat air masin tu,dapppppppppp!! Hahaha..air masin pun dia kata sedap. Adoi.
Ni dapat air tawar,idak la dia jilat sangat. Tak berasa kotttt. Haha. Kemain high taste. Air masin pun suke budak niii.
Kitowang lakik binik memang cenggini. Tempat budak tu pun kitowang bantai baring.
Korang tengok cek mail..beriye la eksen show off teknik mengapungkan diri dia tu..padahalnya....tu air cetek tempat budak 4 tahun mandi...hahaha..poyo. Syhhhhhh. Ceq mail kecik ati plak kang...
Yang gambo atas ni lagi lawokkkk. Air nya takat tumit je pun..ceq mail ni boleh buat kuak lentang plak..adehhhhh.. laki sapa ni...hahaha.
Sebenor nya.....aku pun ngikut ceq mail gak buat camtu..tapi aku pandei.. aku tak snap gambo sendiri berkelakuan macam tu di tempat awam. Hahaha. Kot ada orang lain snap aku tengah cenggitu tak tau la plak..ada plak yang uplod kt you tube..Kang tak pasal2 femes aku di alam maya...hahAHA.
Payung besor..ada air ujan...memang suka la budak2 tu. Mau nya idak..selama ni di tegah main ujan..skang ni boleh mandi air ujan puas2..Memang pucuk di cita ulam mendatang la...hahaha
Antara skill Pandelela Rinong yang aku sempat tunjuk kat ceq mail...haaaaaaa...korang ingat aku hapeee. Terer weiiii.. Takat terjun kat tempat gelungsur tu pejam mate je.. hahaha. Korang tak tengok lagi aku terjun jentik2. Terjun tiruk dah biasa sangat kan..kikiki.
Ini dah puas bermain air.. dah tukor baju..main kat playground.. nak snap gambo kakak..tetiba dia cari pokok bunga jarum tu..petik bunga..ingat kan nak letak kat rambut dia..rupa nya nak bagi aku....
Ohhhhh.. so sweet...
Terharu tawww..Jangan di tanya nape rambut Syana macam tu..sikat tak bawak ye..hahaha.
Ni kat lobby hotel..malam ahad..kuar cari makan...
Ni petang ahad masa dah check out..gi Aeon Manjung. Cuci mata.
Ni gambo kat Teluk Batik. Kotor la TB skang ni. Dah tak macam dulu. :(
sambil menyelam..sambil pose..kan aku dah bagitau tadi..aku ni skill international je aku tunjuk...Skill local simpan umah..hahaha.
ni kat taman paya bakau. Ceq mail nak tunjuk kera kat budak2 ni. Tapi kera nya tengah tido kott. jadi tak de la diorang jumpa kera2 tu..huhu.
ni kat dalam hotel..besor dah Syana.. dah nampak perwatakan dia kan.
Kadang2 tu dia suka cari pasal dengan Izzara. Tapi dia sangat protect adik dia. Very protective. Nampak keserasian diorang tu. Tapi bila bergaduh..terpekik terlolong jugekkkk.
haaa..terima lah dayang senandung versi puteri duyung menjemur sisik di tepi pantai.
Ni dalam bilik...luas gak kan. Bilik air kecik sikit. Tapi berbaloi Rm 94 tu..tengok si syana,dah dilenjan nya lompat katil tu,elok je dia tarik cadar tu elok2.bagi kemas. Hahaha. Tak boley blah.
Selfie sebelum mandi laut. We ♥ selfieeeeeee... baiii...
No comments:
Post a Comment