Sunday, January 17, 2016

Syana Dah Sihat

Hai. Haii.

Update ringkas.

Minggu lepas Syana demam.

Selasa ari tu dia jatuh longkang kat sekolah dia. Lebam kat tulang kering betis dia tu. Sakit hoi. Aku tengok pun dah rasa ngiluuu. Dia yg merasa ntah la. Sian. Tapi dia tak nangis. Tak bagitau cikgu..

Esok nya dia dah lain macam. Pegi sekolah pun moody je. Huhu. Pendekkan cite pukul 11 pg camtu ustazah dia called hp aku. Saspen. Ustazah mintak bawak dia balik sbb tak sihat kata nya.

Allah... luluh hati... kalo aku tau dia tak sihat mesti aku suh dia cuti je ari tu...huhu.

Aku pun halfday la ari tu...

3 hari dia tak pegi sekolah. Badan panas. Tapi bukan demam selsema. Dia jenis yg tak nak makan ubat. Jadi demam dia ni memang bergantung dengan anti bodi dia je la. Tu yg lambat kebah tu.

Ni dah sihat dah.

Tapi still belum ada selera makan sangat.

Kuruihhhh dah dia..sedih tau tengok anak kita yg lincah dan ligat selama ni jd murunggg time sakit ni...kalo boleh nak je aku tranfer sakit dia tu kat aku..huhu.

Cuaca panas ni kalo boleh kita kurangkan aktiviti di luar. Bukan nya ngengade takut itam...tp badan kita ni kalo berpanas, memang mudah dapat demam. Banyakkan minum air kosong.

Lega rasa nya Syana dah sihat. Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment