Saturday, May 31, 2014

"Kakak nak kawen,boleyyyy?"

Syana a.k.a kakak memang suka merepek. Cam aku. Hahaha. Kalau bersembang dengan dia,cerita pasal kucing bising kat pintu ni pun dia boleh twist jadi cerita pasal air kotak dutchlady perisa stoberi. Sel2 otak berhubung dengan baik kot. Hahaha.


Pagi tadi lepas mandi,tengah sikat kan rambut dia,dia tanya aku. "Ammi,kakak nak kawen,boleyyy?". Aku terkejut la. Memang selama ni,kalo dia tengok babak laki bini tengah berkasih sayang,dia cakap diorang tu tengah "berkawen"! Pemahaman dia tentang kawen ni, bermesra la tu... Aku suka tengok channel 702,diva tu. Kan banyak movie omputeh yang drama2 ni.. channel ni cite action ke lawan2 ke pukul2 ke memang takde la. Banyak cerita family je.. Terasa ongtua sesangat.. hihihi. Kalo drama series,aku layan 'The Big C', 'Covert Affairs', 'My Kitchen Rules'... Dulu ada series 'The Nanny',tapi skang dah takde. Syok gila cite nanny tu. Ok,balik pada cite tadi. Kakak nampak babak laki bini tengah bermesra tu...aku terkial-kial cari remote nak tukor channel,sebab aku memang tak bagi dia tengok kalo babak bercium ni..Pastu dia bagitau kat aku,diorang tu nak kawen! Gullppp.



Jadi,bila kakak tanya kat aku soklan nak kawen tu, takkan la aku nak jwb camni. "Kakak tak boleh kawen sebab kakak tu skolah pon tak abis lagi,memasak pon tak reti,kain baju pon tak reti lipat,mengemas rumah pon tak pandei..bla bla"... She is five! Plus,dia pikir what is kawen all about is berkasih sayang! Jadi,aku bagitau kat dia, "ammi dengan ayah sayanggggggg kat kakak. Kakak tak payah kawen lagi ye,nanti bila kakak dah besor macam ammi,kakak kawen lah..lagipun mana ada budak2 yang kawin".


Betul ke jawapan aku tu? Hihihi. Entah la... buat masa skang ni betul kot. Agak nya dia kecik ati kot kitowang asek2 tumpu kat Izzara. Tu yang dia nak kawen tu,rasa kurang dikasihi. Hihi. Tau je la si Izzara ni. Tengah lincah. Kutip benda kat lantai,makan! Aritu dia makan kumbang hitam kecik macam ladybird tu. Nasib dia tak telan. Dia luah balik. Euwww.

Dah ada anak 2 orang ni memang kena adil la kan. Tak boleh la asek melayan si kecik je. Yang besor tu pon kena tengok jugak.

Friday, May 30, 2014

PRK TELUK INTAN 31 MEI 2014

Esok mengundi ye orang-orang teluk intan! Pilihlah calon yang boleh membuat kerja,jangan pilih yang cakap kosong. Sembang tinggi,tapi habuk pun takde. Prk kali ini menampilkan pertembungan 1 lawan 1 iaitu calon BN menentang DAP (Democratic Action Party).


Tetiba je nama awek melayu yang jadi calon DAP tu trending di seluruh pelusuk Malaysia. Kata jejans-jejans kat teluk intan ni,awek tu cunnnnn. Boleh jadi modal nak pancing undi ni... hehe.


DYANA SOFYA vs DATO MAH SIEW KEONG


Aweks lawan pakcik beruban.


Kalo aku, aku undi.......jap.. nak pikior....


>
>
>
>
>
>
>

Hehehe... rahsia.....




Dato Mah ari tu ada datang opis ni. Merayu undi. Lembut je suara dia. Mesra,senang didekati. Banyak pengalaman. Ramai yang menyokong dia. Calon BN.



Dyana comes with 3Bs packages. Beauty, Brains, Brave. Mungkin tang pengalaman tu dia kurang sikit. But who knows,dia boleh jadi as good as pakcik MAH yang banyak pengalaman dalam politik ni kan? ngehngeh. DAP kuat kat teluk intan ni. Calon DAP.


Tepuk dada tanya selera. Jangan esok tepuk dahi plak... Aduhhh.. menyesal aku pangkah dia. Kikiki.


Tengah kempen ni kena dengor masalah rakyat... giteww.



Haaaa..Kata teruna -teruna teluk intan, okehhhh..kami balikkkkk... bas pun bas lah...asalkan adik dyana jadi gepren abang! Hoiiihh?. Tinggi cita-cita korang ye.



Nak nyanyi sikit.. Mari lah mari pergi mengundi..Jangan lupa kewajipan pada negara...
Ngihngih. 

Tahniah .. Daulat Tuanku!

Raja Dr Nazrin, ditabalkan Sultan Perak ke 35. DAULAT TUANKU.


Sebentar tadi Sultan Dr Nazrin bersumpah untuk mentadbir negeri ini mengikut perlembagaan dengan adil dan mengikut hukum Allah. Tuanku Sultan di masyurkan sebagai Sultan dihadapan jenazah ayahanda Sultan Azlan dengan membawa gelaran Sultan Dr Nazrin Muizuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Menangis Zara saat suaminya melafazkan sumpah.


Semoga Tuanku dapat menjalankan tugas Tuanku dengan baik. Patik sekalian rakyat akan sentiasa menyokong kepimpinan Tuanku. DAULAT TUANKU!




Thursday, May 29, 2014

Kehilangan...Sultan berjiwa Rakyat

Semalam masa bos masuk opis pukul 3 macam tu,dia bagitau sultan dah mangkat. Sebelum ni memang banyak kali rumours sultan mangkat ni. Tapi ni bos sendiri yang bagitau. Memang kompom la. Mula2 tu aku rasa ok. Esok cuti,yessss! Pastu bagitau kat group watsapp adik beradik... kiranya aku yang first bagitau. Pastu tak lama,kakak aku si azua plak copipes msg dari kawan dia,siren dah berbunyi kat kuala kangsar. Pukul 4, MB buat pengumuman di tv. Sultan dah mangkat. MB sendiri sebak masa buat pengumuman tu. Kitowang yang tengah focus kat tv tu pun masing2 melayan perasaan.



Tak lama pastu,tepon opis tak berhenti menjerit. Orang awam mintak kepastian betul ke sultan dah mangkat. Ada yang tanya bila boleh menziarah jenazah,bila nak kebumi. Aku jawab berdasarkan info yang MB bagi. Masa MB buat pengumuman tu memang aku take note sikit. Ada yang mintak kepastian esok opis kami tutup jugak ke. Omaigod. Tak tengok tv ke. Tak paham ke MB punya statement. Adoiii. Typical orang kita. Saja nak bagi perangat. Takpelah,bersangka baik,tv dia rosak kot.



Mintak tolong dengan opismate tolong turunkan bendera separuh tiang. Sebab MB dah declare macam tu kan. Ujan2 tu si zaki pegi ke tiang bendera. PAP semuanya takde opis. Tinggal zaki je ganteng yang ada. Busy jugak la petang tu. Program utk hari khamis ni semuanya batal. Aku dapat arahan supaya memaklumkan Pej Daerah Tampin supaya lawatan inovasi yang dijadualkan khamis ni pun terpaksa cancel.



Kelam kabut aku. Semuanya kena cepat. Semua kena pantas. Memang mencabar kesabaran. EO mintak tolong call semua driver tolong standby malam ni kat opis. Sebab ada upacara pertabalan kat Beting Beras Basah. Aku maleh tanya lebih2. Mungkin ada simbolik upacara tertentu kat situ memandangkan sultan pun dah mangkat. Benda mistik2 ni korang paham la ye... Alhamdulillah,semuanya ok. Driver yang baru keje ni ada gak bertanya,kenapa nak pegi tempat macamtu malam2 ni. Aku jawab berkias je la. Kang cerita lebih2 kang ko seram plak....kikikiki.



Tu je la coretan aku. Malam tadi aku tengok berita. Sedih sangat..... masa aku kecik2 dulu aku panggil sultan tu "pakcik uban". Segak orang nya. Selalu tersenyum. Aku tak pernah berjumpa dengan dia. Cek mail pernah jumpa dia 2 kali. Masa perbarisan. Dia bagitau masa sultan balas tabik hormat,memang terserlah aura seorang raja tu,nampak ketokohan seorang sultan.



Al-fatihah... rakyat perak berdukacita dengan pemergian nya.






Tuesday, May 27, 2014

COKLAT CADBABI DAIRY MILK

Korang rasa aku melampo tak bila letak nama baru untuk cadbury tuh? Melampo kan? Tapi deme tu lagi melampo bagi kita makan ba alip ba ya.,BABI kome tau! BABI! Masa kita budak-budak dulu, kalo kita tercakap perkataan babi tu,teruk la mulut tu kena kutil. Silap-silap kang mulut kena gencu dengan cabai burung. Pijorrrrr. Rasakan! Mulut tu jangan berani nak babi-babikan orang. Kena kang menyesal pun tak guna.




Aku geram betul bila dapat tau cadbury ni ada DNA babi(porcine). Setakat ni, yang confirm ada, coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam. Dalam masa terdekat ni status cadbury ini akan diumumkan samada halal atau harommmm.



Dah berkati-kati coklat cadbury tu aku telan...Patut la benak.



Coklat cadbury ni sedapnya tak sama dengan van houten kan. Van houten ni pahit-pahit sikit. Tapi cadbury ni lemak-lemak manis. Hhmmm.. lemak? Uwekkk. Mulalah aku membayangkan oink oink ni.



Anak aku suka giler coklat kinder bueno,kinder joy,kitkat tu semua...Lepas ni kena sekat coklat-coklat ni. Bior la anak aku teghoyak sekuat bunyi boeing ke airbus ke. Tapi untuk memberi coklat,tidak!


Bila benda haram dah masuk badan kita,mula lah hati tu gelap. Doa susah nak dimakbul. Ya Allah,kami memohon kepada Mu,jauhkan lah kami dari perkara-perkara yang boleh merosakkan kami.


Mintak tolong pada jakim,tolong lah alert dengan pemberian status halal ni. Makanan ni akan jadi darah daging. Ko nak ke babi yang harom tu jadi darah yang mengalir ke setiap vena dan organ ko tu. Puihh. Bahasa medic suda keluar. Ok,serius. Ini bukan main-main. Umat islam hari ni di momok kan dengan pelbagai bahan santapan yang lagho. Tengok saja lah tv kita tu. Dengan kilauan emas nya. Dengan ceria pops star nya. Tu belum masuk maharaja lawak. Orang kafir tepuk tangan tengok kita bersenang lenang berhibur berdegah degah gelak... Gelak yang terlalu banyak itu sia -sia,kawan. Mungkin sebab banyak makan benda yang tak halal kita jadi begitu.



Boikot Cadbabi!




Nampak sedap,tapiiiiii....



Cadbabi. Sungguh kau durjana meletakkan unsur yang tak suci dalam coklat ini.

Monday, May 26, 2014

I ♥ COFFEE

Korang suka minum kopi? Cer angkat tangan sapa yang suka...sapa yang tak suka sila angkat kaki dari sini. Wauuuu. Guwau kasor. Hahaha. Dah..Dok balik dok balik!


Kalo cite pasal kaffien,memang la kopi ni berkaffien. But,who cares? Minum berpada-pada la. Jangan la pagi petang siang malam balun kopi. Nak tau tak,ada kajian membuktikan peminum kopi ni seorang yang teliti, pembersih dan pandai memasak. Buktinya,tengok aku ni. Hahaha. Kajian tu aku buat sendiri,hasil pemerhatian ke atas diri sendiri giteww.



Aku suka giler minum kopi. Tapi seumur hidup tak penah minum brand coffee bean & tea leaf, starbucks ke moonburks ke apa-apa burks la... Gasak lah korang nak cakap aku ni ulu ke jakun ke. Aku kedekut tau dak. Sayang duit tu nak bayo memahal secawan kopi. Kalo masa uitm dulu, kengkawan aku kemain bila outing nak minum starbucks. Sori la wei. Aku memang tak la. Korang srup2 la depan aku. Aku tak layan. Secara jujurnya aku tak addict kopi yang memahal. Aku giler kopi yang murah - murah je. Hiuhiuhiu. Paling mahal pun aku beli kopi kat dunkin donut. Hish...abih pitih jo.



Aku suka nescafe. Tapi ntah kenapa rasa nya dah tak kick macam dulu. Perasan tak? Ke lidah aku semakin menebal kah?



Kopi tongkat ali CNI pun aku suka jugak. Perghhh.. baunya harum-harum manis. Rasa nya kelat-kelat nikmat, pahit-pahit sedap. Minum tu tak boleh banyak. Bukan nya apa, takut bertongkat plak ko tu nanti. Hiuhiuhiu.



Kopi kacip patimah tu pun aku suka gak. Apa-apa brand pun aku ok. Letak ais,tambahkan susu... Uihhhhh... Berkacip la korang.



Kopi cap helang,cap bunga raya,cap keretapi, cap itik nila, cap gajah duduk pun aku balun jugak. Tapi aku prefer yang bersusu. O pun suka jugak.



Jom kita mengopi? Ngeh ngeh ngeh.





kopi o yang kaw..



aku chop yang ada muka bear tu!




alolo.. angry bird pun ada. Shomeyyy. Tak sanggup nak minum ni..sayang sangat...




I love coffee!

Sunday, May 25, 2014

Anugerah Bintang Popular 2013

Abe harun ajis menang lagi...
Aku tengok abp pukul 9 tadi. Bajet abis pukul 12. Aku lompat la tengok narnia kejap. Rupanya abis pukul 11.30 malam. Cehh. Nak tau gak sapa yang dapat anugerah bintang paling popular. Aku teka zizan. Salah. Aaron Aziz rupa nya.
Pengacara nya Amy Mastura, Farah Fauzana dan kump. Shiro. Lawak giler Shiro tu. Tak abih2 hashtag (#)... tak boleh blah instagram dikomen oleh "peninggi badan dlm 3 jam". Lawak sangat.

Posted via Blogaway

Saturday, May 24, 2014

FROZEN

Aku beli cite frozen ni kat astro best. Syokkk oo. Rm 10 boleh tengok dalam masa 48 jam.
Layan.
Anna dan Elsa. Anna adik,Elsa kakak. Elsa cantik sangat. Dia adalah Snow Queen.
Elsa ada kuasa luar biasa,boleh tukarkan objek2 disekeliling nya menjadi beku.
Tapi dia tak boleh control power dia tu. Bila dia takut,dia akan tukarkan benda yang dekat dengan dia jadi ais.



Cerita ni mengisahkan kasih sayang Anna dan Elsa. Sedih sangat bila Elsa terpaksa berkurung diri dalam bilik sebab tak nak cederakan Anna. Derang sangat rapat masa kecik,tapi terpaksa menghadkan hubungan mereka kerana Elsa tak mampu kawal kuasa dia tu dengan baik. Lagu2 dalam cite ni sume nya best.



Syana suka cite frozen ni. Dia bagitau kat aku,nak tukarkan nama Ena (doll purple bespren dia tu) jadi Anna. Punyalah berkenan dengan watak Anna. Sukehati kakak lah.. Anna ke Ena ke.. ammi tak kisah.


Watak Olaf si snow man pulak kelako tak hengat. Terkekeh2 kakak bila tengok Olaf tu. Kihkihkih. Ok,nak tengok lagi ni. Buat kali yang ke 4... hahaha. Bebaskan..bebaskan...







Thursday, May 22, 2014

Gigi Susu Izzara

Meh la meh la...
Wajah kesayangan ambo.

Izzara dah 11bulan. Bulan depan cukuplah setahun. Gigi nya dah 8 batang. 4 atas 4 bawah. Bisa ok kalo dia menggigit..perittt. Kalo tengah malam dengor aku menjerit,tu sebab kena kokak dek izzara la tu. Pasei apa kena kokak? Aku kan breast feed kan izzara. Sakit oii.

Kalo nengok kan design gigi dia tu, Gigi nya besor2 dan rapat. Stail gigi kapak. Awasss.


Posted via Blogaway

Tuesday, May 20, 2014

Teh Chamomile

Aku beli teh ni masa pegi cameron. Beli teh chamomile dengan teh stoberi. Yang teh stoberi tu cepat je licin. Tapi yang chamomile ni tak laku. Siannnnn. Ari tu aku selsema. Rasa tak berselera langsung. Badan pun lemah. Tetibe rasa teringin plak nak minum teh chamomile ni. Buat o je. Sedappp. Teh ni diambil dari bunga chamomile. Bau nya wangi. Bau bunga. Tapi cek mail tak suka bau teh ni. Bau wtgffdhygbnfrhjuh. Haha.. Susah aku describe secara detail.

Dah bosan minum yang o,aku buat teh tarik plak.. Omaiiiigod. Sedap hokeyyyyyy. Siyes sedap. Aku tak tipu. Rugi lah sapa tak minum teh chamomile ni(hahaha,nak psiko kan cek mail).

Resepi nak buat teh chamomile senang je. Buat macam nak bancuh teh tarik tu. Tapi tambah kan teh biasa tu sekali. Nak bagi kaler dia gelap. Baru umphh. Kalo ceroi memang tak syyiokkk. Giteww. Cuba ye. Nanti kalo tak sedap,tumbuk dinding. Hahaha.



Teh chamomile o




Ini la ghope nya bunga chamomile.




Hurmmm.. cubalah rasa.. pasti ada bezanya.





Yang ni teh tarik... manyak sedappp ooo. Ishhh.. kecur ailior.


Banyak khasiat teh ni. Antaranya antioksidan. Nanti try ok. Seploh kali aku suruh korang try. Hahaha.

Monday, May 19, 2014

Penang with Love

Sabtu dan ahad lepas ( 17 & 18 mei) kitorang gi penang. Saja je tukor angin. Sebenonye nak try jambatan kedua je. Tak jalan mana pun. Check in kat Munlustay88 Hotel. Bilik nya katil king...RM 160 je. OK la kan . Dulu aku penah duduk bilik yang RM 200++, lagi luas. Betul2 ngadap times square. Yang kitowang duduk kecik sikit. Level 7.. gayattttt.  Boleh la..nak tido je pun.

Esok nye pegi beli jeruk. Chowrasta memang wajib.
Aku hidangkan gambor je la ye. Maleh nak taip beriye...penat belum abih lagi ni... Hihi..
Izzara ni kalo naik keta lame2 mula lah meragam. Haishh.


RNR SG.PERAK


Nak check in..adik bayorkan deposit boley?
 Hihihi





Sonotttt nye kakak..



Izzara buat2 tido...

Kannnnnn.. dia buat2 tido je tadi tu..


Cofee maker Ada. Meh mengopi dalam bilik je.


Toilet bersih. Ok je la.
Komtar nun sana..




Check out timeeeee... Esok kalo ada duit,kita tido hotel lagi ye ammi,kate kakak. haha..





Pasar chowrasta. Jeruk meruk segala mak nenek pun ada. Buah pala fresh dengan biji pala pun ada.