Wednesday, April 30, 2014

Wordless Wednesday.. #adikberadik


Kalau tengah kamcing, kentut orang sebelah pun dia kata wangi!! Hahaha. Kakak berak pun dia nak tengok. Pastu dia gelak. Yeekkk.

Kalau datang masing2 ada angin, tercuit kaki pun menyinge je muka. Izzara tu tak padan kecik. Kakak dia tu memang juara nanges. Bila kakak menangis,dia merangkak cepat2 pegi kat kakak pastu lepuk sedas dua das. Meraung la kakak. Pastu dia boleh buat muka sadin je. Muka tak bersalah langsung. OK..ini bukan wordless rabu dah ni.


Sopan santun izzara ni. Walker tu dia tak duduk atas,dia duduk bawah siap bersimpuh...

Sunday, April 27, 2014

SUZY oh SUZY...



Hey awak..buat apa tu.


Kalo takde keje meh sini. Kita nak menulis sikit. Kita tulis,awak baca ye. Janji tau! Jangan tipu. Nanti Tuhan marah. *mood jadi budak2 dah datang*


Intro macam budak tadika kan. Haha. Suzy. Ahli baru dalam keluarga aku. Beginilah kronologi kemunculan Suzy. Aku akan cuba menceritakan setiap detik dari awal hingga akhir bagaimana budak pompuan itu boleh ada di rumah aku sekarang ini dengan penuh perasaan. Plot nya agak saspen. Ko mampu menulis blog ada unsur saspen ? Hahaaha. Ok,serius balik.



Jumaat lepas,time rehat panjang tu,aku dan ira pegi giant. Kak iput halfday,ada hal. Ira juga terlibat dalam komplot yang complicated ini. Sori  ira..apa pun yang terjadi,k.win takkan babitkan ira lagi lepas ni. Begini kisahnya. Aku tetibe terpandang seorang budak pompuan yang cute,yang sweet dan sopan. Mata nya bulat. Tersenyum. Aku suka tengok dia. Dia pendiam. Tapi cara dia memandang aku,seolah olah merayu-rayu untuk mengikut aku pulang. Kesian..aku dekati dia. Dia diam jugak. Tapi dia tak menunjukkan dia takut pada aku. Aku suka rambut dia yang di tocang rapi. Kemas. Bau nya tak wangi. Tapi tak jugak busuk. Lama jugak aku disitu. Hampir 10 minit. Aku berfikir panjang. Kalau aku bawak dia balik,bagaimana penerimaan izzara dan syana. Cemburu kah mereka?



Kalau mereka tak suka dia macam mana? Aku nak tinggalkan dia pada siapa? Zalim lah aku kalau aku ambil dia hari ni,tapi bagi pada orang lain esok nya pulak. Aku tak boleh zalim pada kanak2. Aku sepatutnya jadi pelindung mereka. Walaupun aku tak kenal dia. Aku nekad. Aku bawak dia balik dan aku akan cuba sedaya upaya untuk menerangkan pada izzara dan syana yang aku nak jaga budak tu. Aku tau ini kerja gila. Tapi aku kesian sangat kat budak tu. Aku ni memang cepat kesian. Takpe. Bawak dia balik dulu. Memang nekad. Masalah yang lain2 tu aku pikir kemudian.



Abis kerja,45 minit drive kete,hatiku berbelah bagi. Risau jugak. Setibenya di rumah,aku tunjuk kan pada syana budak pompuan itu. Serta merta,Syana terus peluk budak tu. Aku kelu. Tapi nampaknya syana suka sangat budak tu. Lega nya hati aku ni. Izzara pun nampaknya berminat nak berkawan dengan budak tu. Mujur. Aku bernasib baik. Tapi Cek Mail kelihatan agak kecewa. Mungkin sebab aku membelakangkan dia kali ini. Sorry my love. Its my fault,but i like her so much. Ampun kan dinda ye.



Syana menamakan dia SUZY. Semoga persahabatan mereka berkekalan. Semoga mereka berkawan baik.
-
-
-
-
-

-

Oh ya..Jangan risau. Aku tak culik budak tu. Aku tau menculik tu jenayah yang berat. Aku beli Suzy. Mereka yang jual dia. Ada banyak lagi budak pompuan yang sama macam Suzy di rak anak patung bahagian kanak2. Aku dah bayar RM 25 kat cashier giant tu.. Suzy tak perlukan my kid. Tak perlu sijil kelahiran. Nama Suzy tu akan terus digunapakai selagi syana mahu. Harap2 syana akan menjaga Suzy baik2. Cek Mail kecewa sebab dia cakap doll tu mahal. Mahal mende? Kisah ini agak saspen jadi aku dengan sewenang wenangnya mengklasifikasikan cerita ini 18SG. HiHihi..By de way, Welcome to my family,Suzy.



                                  ♡♡♡♡♡♡ Syana and Suzy..♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Saturday, April 26, 2014

Resepi bihun singapore yang simple a.k.a bihun anemia

Hai!

Syana suka makan bihun singapore. Kat sekolah 'ibu' masak bihun kaler merah. Pedas kata nya. Dia tu bukan nya jenih makan pedas. Lidah nipis. Jadi dia tak nak makan. Syana ni cerewet bab makan. Tak tau la mengikut sapa. Kitowang laki bini memang tak cerewet. Semua bedal. Jadi kat umah ni kalo die berhajat nak bihun singapore ataupun nasik goreng cina,aku buatkan la. Nampaknya dia suka makanan yang berkaler pucat lesi kot. Haha.

Nah,resepi nya. Kepada syana,esok dah besor kalo ammi berhajat nak makan bihun singapore sila bukak resepi ni ye...kehkeh...Resepi ni memang simple ye. Mengikut taste syana 100%. Kalo korang kretip,modified kan ikut suka ati korang ye. Jangan rasa bersalah. Ahakss..

Memula..sila prepare..

-blend halus bawang putih dgn bawang merah(syana tak suka bawang tu nampak seketul2)
-potong lobak merah bentuk dadu.
-Hiris nipis fish cake.

Ok,start masak..

-tumis bawang2 tu sume. Letak sekali kiub pati ayam. Kalo bihun tu banyak,letak seketul. Kalo bihun sikit,letak setengah je. Bile dah wangi,amik telur dan goreng sekali.
-letak carrot,jangan lupe serbuk lada putih.
-masukkan bihun,goreng sampai masak.


Senang sangattttttt... ni resepi memang ikut tekak syana. Sayur carrot tu dia makan. Tu yang aku letak carrot. Kalo korang nak letak sawi ke mawi ke,dipersilakan..

Selamat mencuba!



Aku anto gambo ni kat group watsapp adik beradik,ita cakap ni bihun ANEMIA !! Hahaha...mentang2 bihun pucat,ko cakap bihun aku ni kurang darah ye!!

Friday, April 25, 2014

Oat choco yang sedap.

Wahai penghuni rimba...

Di hutan kita ni skang ada oat choco! Sedap bak angg. Rasa nya macam nestum. Sebijik rasa nestum. Tapi rangup. Tak manis sangat. So - so je tahap kesweetan nya itu. Kaler putih. Aku boleh makan 3 bungkus je. Masuk ysng ke4,mula rasa nak muak. Kadang-kadang bila kunyah pejam mata, macam rasa kinder joy lah pulak. Korang try ok. Skang ni memang tengah trending oat choco ni. Kat fb ramei yg promote benda alah ni. Aku beli dengan usahawanita kat tempat keje aku,Mija. Seploh rengget je. Ada yang jual 14hengget pun ada. 1 pek tu 400g. Dalam nya ada 40 peket.

Tinggi fiber,boleh jugak jadi alas perut kalo time tu ko takde makanan. Dan boleh jugak berdiet dengan nya. Cuma ko kena berpada-pada. Jangan balun sampei lupa daratan. Ok,selamat menikmati oat choco bersama secawan kopi panas.



Aku beli 2. Tamak sangat kan. Ingatkan syana suka. Tengok pun tak sudi. Kalo ada kit kat,dia abih ati. Fevret dia. Cek mail ada la jugak makan seketui 2ketui. Tp macam tak berapa minat sangat je pun. Ahh Sudah..aku sorang ke nak kena abiskan?




Kecik je. Sekali pongap je pun.

Orait,dah abis cerita. Senang nya membuat entry pasal makan. Hihi.

Wednesday, April 23, 2014

Tips untuk menjadi isteri yang romantik. (Baca dan fahamkan)

Hai bini- bini gengster..

Aku dah memegang status WIFE selama 7 tahun. Pengalaman yang aku ada so-so je. Aku bukanlah isteri yang gud-gud. Biasa saja. I'm not superwife. I'm desperate housewife.. kihkih(oh i really miss de desperate housewives,takde sambungan ke :(.. ) Aku bukan isteri yang romantik. Romantic is subjective. Lain orang lain pendapat nya. Pada aku,romantik ni bila ko menjadi sangat penyayang,sangat caring,sangat sensitif,sangat mengharap,sangat bersabar,sangat beriltizam,sangat apa lagi ye.... Cuba tengok cite omputih tu. Kemain romantik nya. Hihi...Dari dulu lagi aku nobatkan Meg Ryan sebagai pelakon hollywood paling romantik. Sukeeee sangat tengok dia bawak watak romantik. Penuh soul...Mata dia sangat jujur. Seolah-olah hero tu memang boipren dia kat luar lokasi.

Now,aku nak share tips untuk menjadi isteri yang romantik.. Tips ni aku dapat dari banyak sumber,aku olahkan ayatnya supaya tak de la nampak sangat kopipes ye dak. Ni basic tips je ye. Kang kalo bagi yang susah2,ko tak terbuat plak.

1) Jadilah a good listener.
♥ listener tu maknanye pendengar ye. Bukan listerine. Itu ubat komor. Huahua. Kalau somi ko nak bercerita about anything, just listen....Jangan buat benda lain seolah-olah ko tak ambik tau pasal apa yang dia katakan. Kecik ati dia kang. Tunjuk kan ko minat nak dengor. Jangan buat muka toye! DONT!

2) Celebrate hari istimewa bersama.
♥ birthday ke,anniversary ke,birthday anak ke...plis sambut bersama. Tak payah buat grand2 kat ballroom hotel shangrila. Itu nak menunjuk namanye.
Make a simple party. Beli kek,beli present,buat makan sikit. Yang penting kita raikan detik tu bersama keluarga. Its not about money. Its about
Happiness.

3) Tolong menolong.
♥ sweet tak kalo somi kite tolong kita basuh pinggan,sapu sampah,mandi anak,basuh kain...Kita pun jangan lah berkira sangat kalo dia suruh kita tolong
dia pulak(nak ckp 18sx macam tak sesuai plak)...hihi..paham2 la ye.belog aku ni bukan belog porno ye... senang cakap,toksah berkira. Kita tolong dia,
dia tolong kita.


4) Berhias.
♥ as a woman,kita jagalah dressing kita. Pegi opis kemain ootd nya. Blusher pink,lepstek oren,aishedo purple... Balik umah,selupe itu antu kum-kum.
At least,ikat rambut kemas2 ok. Jangan jadi macam kak limah. Somi kita ada mata ye puan2.. Kalo dia rabun takpe la ko nak dress up ala2 kak limah.

5) Anto Text/whatsapp something yang naughty.
♥ yang ni memang aku buat selalu. Hahaha. Aku ni memang kuat merepek. Antara yang aku selalu buat, bila laki aku anto sms tanya barang dapur apa yg
nak dibeli sebab dia kat kedai time tu. Korang tau aku reply apa? "PENIS please". Hahaha.. you must try it. Sure laki ko cpt2 bayor brg2 tu..nak balik
Umah dgn segera.

6) Spend time berdua-duaan together.
♥ mandi bersama is good. Nabi sendiri pun ckp mcmtu. Ni takpayah ajor. Korang pandai kan. Kihkih.

7) Amalkan hugs and kisses, ucapan ailapyu spontaneous.
♥ something yg tak dirancang lebih manis kan. Tetibe ko terlanggor bahu dengan laki ko,ko ckp ailapyu...mesti dia terkujat. Buang tebiat ke ape. Haha.
Tapi,dlm ati tu kemain sukeeeeeee.. Kaber macho kunun.

Tu je la tips yang simple dari aku. Senang je pun. Kalo korang buat,korang memang the best! Champion!

Marriage is about sharing. Jangan berkira. Murahkan hati. Sentiasa berusaha untuk memberi drpd menerima. Love ur husband. Appreciate him.


Mcm sarukkan dgn kojol tak? Ngehngeh

Wordless Rabu..Motivasi Diri.

Tuesday, April 22, 2014

Jatuh cinta dengan GENCU MAYBELLINE BY COLOR SENSATIONAL Nude kod nu36s.

COpy dr website maybelline..
Hai gojes!

Ulser kat mulut aku ni makin sakit ni haa..Jadi hari ni aku banyak memencilkan diri,banyak diam(tak tanye pun tiga lima,kucing kurap engko bela).. Bukan nya insap dari merepek ye tuan puan. Hanya berehat seketika dari industri kemerepekan.  Jadi,mari membuat entry blog sementara mulut ini tengah berehat..

Oh ya,izinkan saya berpantun dulu.. Sebagai pembuka bicara kunun.

Anak cina main guli,
Ini hali aku ada stoli.

Anak jiran sangatlah lucu,
Story  ku ini cerita gencu.

Anak cina anak jepun,
Suka ati aku la nak tulis apa pun!

Pantun nya tema anak2 gitu. Abis semua anak jiran,anak cina,anak jepun aku pantunkan. Nanges mr karam singh waliya. Kihkihkih.


Haha..besh jugak dapat berpantun 2 kerat. Lepas gian. Ok,kali ni aku nak cerita mengenai gencu yang ku beli di guardian , selepas mendapat dicount gila2 vavi,dan berkira kira duit di dalam purse ku..Aku pun lantas membeli gencu tersebut dengan hati yang berbunga riang. Rege nya rm15 macam tu lah.. murah kan? Murah weiiiii... Gencu yang aku ambik tu kaler pinkish..bila ku oleskan ke bibior, natural je kalernye..Takde lah beriye merah nya. Lagipun dah jadi mak mak ni tak payah la bajet nak jadi bibior anita sarawak ye dak. Sederhana lebih baik. 

Bila memakai nya,terasa seperti tak pakai gencu. Ringan sangat bak kapas. Bila bercakap,tak melekat antara bibir atas dan bibir bawah. Setengah gencu texture nya macam gam kanji tu. Melekit. Di gigi jugak takde sisa gencu yg berlebihan(aku cukup fobia gencu melekat kat gigi,huhu) . Malu ooo kalau ada kesan merah2 kat gigi.  Selain tu,ade texture glitter2 halus yang tak melampo yang menampilkan ilusi bibir tebal bak liyana jasmay...I like,sebab nampak feminin.Demikian  laporan saya. Dapatkan satu ye,sementara stok masih ada. Kehkeh.

Posted via Blogaway

Friday, April 18, 2014

Jagalah maruah diri.

Aku ada 2 org ank pompuan. Aku sayang mereka. Lebih dari segala2nya. Harta mahupun nyawa aku sendiri. Semua IBU akan ckp mcm tu kan. Izzara Dan syana..korang lah lambang cinta ayah Dan ammi.


Short entry je ni. Kang bila bebel berjela,banyak melalut je. Terus pada tujuan asal. Kita ni pompuan dah diajar dari kecik jaga tingkahlaku kita. Jaga  perangai. Jaga segala2nya. Jangan malukan mak bapak. Tapi sekarang ni di zaman gajet yg canggih manggih ni..macam2 yg berlaku. Sana sini maksiat. Yang bangga bila buat maksiat pun ada. Tak takut ke azab tuhan? Tak malu ke nak mengadap tuhan nanti. Sanggup ke tgk ayah kamu pikul dosa2 kamu?? Ya Allah..lindungilah kami Dari kesesatan. Jauhkan kami dari perkara2 yg tak baik. Jauhkan lah  keturunan kami Dari kesesatan.


Kpd izzara dan syana..bila kamu semua dah dewasa. Ammi Dan ayah harap kamu berdua boleh menjaga diri,maruah keluarga,ingat dosa pahala sebelum nak buat apa pun. Ammi sentiasa mendoakan yg baik2 utk kamu. Jangan kecewakan kami ye sayang... Dunia ni sementara. Kita tak kejar dunia sayang. Di 'sana' tu yg kekal abadi. Apa  yg kita buat di dunia ni semuanya dinilai esok. Takde apa yg free. Segalanya berbayar. Itu saja. Peluk cium dr ammi..

Posted via Blogaway

Monday, April 14, 2014

Fenomena tudung bawal by Yuna Bella.

Plisssss jgn lahar makkkkk
Ngihngih

Hai Geng!

2,3 hari ni sana sini orang dok bercerita style  bawal by Yuna Bella. Aku tak kenal sape dia dan aku sangat pasti dia pun tak kenal aku. Haha. Yang aku tau,she is a blogger..meh skodeng kat http.//yunabella.blogspot.com. Budak remaja lagi dia tu kot. Aku tak sure. Nanti aku CSI kalau rajin.

Dia mencipta gaya tudung bawal yg menyerupai tudung fareeda. Ala..style bertingkat-tingkat  tu..Tapi bawal tu takde la bertingkat 3layer,takde la setiap layer berkaler blocking bagai. Merah biru kuning..itu tv3 punye kaler. Hahaha..Yuna
Bella tu cuma menyimpul kat depan tudung tu dgn brooch besor ala fareeda. Tapi lebih labuh drpd tudung fareeda tu.

In my opinion,memang cantik design budak tu. Ekceli dari zaman dulu dah ada design tu tp cam biasalah.. "fashion is something that a style is kababom at de right time n right place". Isu mawar yang teruk kena hentam tu menjadikan org fomfuan kat Malaysia ni  nekad utk memboikot fareeda yg senteng nampak t***k tu. But trust me..boikot fomfuan ni tak lama. Bulan depan dia akan sibuk bukak page  fareeda nyata jelite dlm fb utk cuci mata design apa yg terbaru. Kan?????? Aku fomfuan jugak tau!

Tudung fareeda ori aku tak penah beli. Kakak aku si maria tu,dah berlambak koleksi fareeda dia. Duit dia la kot yg bg mokcik paridah tu untung 90 juta-juta!! Hahaha.

Pada aku, tak kisah la gayakan tudung tu mcm mana. Ada yg gile berturban,bershawl,berhalfmoon,berbawal,berpashmina,berawning ke tak de awning ke,bersyria ke,berinner ninja ke,as long as ko tutup aurat..OK je. Ko rasa ko canteq,tp org len tgk ko tak canteq, ko nak marah? Pedulik kan! Tak pyh sentap!!! Kadang2 org sekeliling kita adalah jenis yg mcm tungau. Tak nampak tp ttp menggangu idup ko dalam diam2. Wahh..falsampah sarap suda mari. OK..aku nk tunjuk diriku berbawal ala yuna Bella. Plissssssssss jangan kutuk me. Nanti me sentap uolls mesti tak reti pujuk. Sebab cek mail sorang je pandai pujuk. Kihkihkih..sekian terima kasih.


Posted via Blogaway

Sunday, April 13, 2014

Sepetang di tasik jalan temoh..

Hihihi..
Ko nampak putih kat gunung tu? Itu ujan.
Gelappp nyeee..flash nye mane cek mail?
Cek mail..tak payah tayang ponggong la
5Ibu dan anak..mcm bren ubat batuk la caption
Dlm kete..izzara bajet cun
Mcm sunset. Aku edit. Cun tak?
Tgh pikir bila la nak gaji ni.. : )
Kakak sibuk dgn ena dia. Doll purple tu namanya ena.
Hai!
Weekend aritu bawak anak-anak ambik angin , jenjalan kat tasik. Dari rumah aku,tak sampai seploh minit pun.Ramai jugak yang memancing situ. Ikan nya memang besar. Ada sebesar lengan pun ada. Airnya jernih tapi awas! Dalam oo.
Kalo nak buat photo shot sangat best. Sebab ada view gunung kat belakang.  Macamni lah kami..nak berholiday jauh-jauh tu memang susah sikit. Kena plan betul-betul..keje laki aku ni complicated sikit. Sebab shift kot. Laki aku tu kan bomba yang cemerlang..gitu.. Macam cite tipu je part cemerlang tu. Hahaha. 
Ujan renyai-renyai jadi tak snap banyak. Tak sampai sejam pun kami kat situ. Ujan makin lebat plak. Jom la balik.

Posted via Blogaway

Wednesday, April 9, 2014

Wordless Wednesday

Izzara curi-curi amik cheese kat dalam fridge masa aku sibuk mengodek godek fridge..tau-tau dah tinggal suku..yang lain dia dah makan..idak ke masin nak oii. Selera western ko ye nak.

Posted via Blogaway

Sunday, April 6, 2014

Petua untuk melegakan hidung tersumbat pada baby.

Hye emak emaks...


Izzara selsema. Bila selsema,dia akan meragam. Main pun nak kena ada kita kat tepi dia. Berkepit je la dengan kita.
Bila anak kite especially yang baby lagi ni dapat selsema,kita mula lah tak tidor malam. Betul dak? Baby ni susah nak tidor sebab hidung dia tersumbat. Lagipun die tak reti lagi nak bernafas pakai mulut kan.


Pastu dia buat la orkestra filharmonik kat tepi telinga kita....sikit sikit uwaaa..kejap lagi kang uwaaaaa..Yang golongan apaks memang bertuah kan sebab dikurniai dengan telinga yang  tebal lagi kental dan tak lut dengan orkestra baby itu...taik telinga kalis peluru barangkali. Jadi kita yang telinga nipis ni memang tak boleh tidor sekali la.


Adoiiiii..mak penat tau! But...i tell yu i ada petua ye ahkak sekalian..Ok, i want to tell u dis petua bery gud dik non. If not gud i dun dare to share share wit yu. U want to know? Ok,sit right right..bcoz i tell yu now. No repeat repeat tau. Uoll kenal dak kunyit hidup a.k.a tumeric alive? Hahaha..klako plak bila taip tumeric alive tu. Pandei je aku haku tukor. Berbalik pada cite kita tadi. Korang amik kunyit hidup tu,gosok kat bontot lesung batu. Nak pakai bontot ko pon boleh kalo umah ko takde lesung batu. Tahan je la pijor tu kejap. Hihihi.


Pastu sapu kat dahi dengan hidung baby. Memang dahi anak ko akan kuning..takpe ia bukan lipstik matte 24hours longlasting loreal hokey! Esok tak kuning dah la..kuning sikittttt je. Pastu ko sapu kat belakang badan anak ko tu dengan children  vapor balm jenama 21st century. Perisa stoberi lagi! Jenama vicks pun ada untuk children ni. Tapi aku memang dah setia hujung nyawa dengan jenama 21st century.

Beli kat guardian,rega nya rm 7 macam tu la. Sapu jugak kat dada...kendian bila anak ko nak tidor,ko tinggi kan bantal dia,tutup sikit ubun ubun dia dengan towel kecik. Semolek nya ekon tu jangan sejuk sangat. Sedang sedang saje. Kalo tak on langsung pun lagi ok.


Dengan izin Allah,anak ko boleh tidor lena. Bunyi nafas dia tu pun lancar je. Itu je la petua dari ibu yang ada pengalaman sikit sikit ni. Benda baik kite hebahkan. Benda buruk kita diamkan. Gituuuu...Aku rasa macam gaya penceritaan aku ni macam tengah baca blog kak engku bidan bersalin pulak..
Ni lah rupe nya vapor balm yang aku dok promote tu..bau nya sedappp. Rasa macam nak sapu kat roti..fefeeling jem stoberi. Kaler pink pulak tu.

Thursday, April 3, 2014

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Perak

Huduh tulisan ko. Ye aku tau itu

Salam dunia..

Pada 7 & 8 April ini  akan berlangsungnya Tilawah Al Quran peringkat negeri. Bertempat di Arena Square t.intan pada jam 9 malam. Walopon event ni peringkat negeri dan di bawah anjuran suk dan jaip..Pej Daerah  ni kena la tolong apa yang patut.

Seperti selalu,eo majlis dgn pt majlis memang banyak la keje time ni. Takutttt tgk.. Muka masing masing dah macam kena gigit semut api. Hahaha.. Part aku pulak,senang tapi rumit..Aku buat feedback kehadiran big boss jabatan..exco exco..adun adun..obj obj..pendek kata org VIP la. Tapi deal dengan PA deme je. Yang takde PA to plak aku deal dengan empunya diri jugak la.

Bunyi nye senang..tapi mencabar kesabaran. Masalah yang aku selalu hadapi ialah,bos diorang belum bagi keputusan..terpaksa la tunggu deme call balik. Sementara itu eo itu akan merepeat soklan yang sama kat ko..dah siap feedback kehadiran ke belum? Tensen tak?

Itulah lumrah kehidupan. Bukan senang nak cari seploh ringgit ye dak. Bekerja di sektor awam ni memang nampak mudah tapi hakikatnya ia tak semudah yang disangkakan.

Marilah kita bersemangat untuk bekerja dan jangan lah sibuk nak taip entry masa tengah keje. OK..fokus!! Tak siap Tak boleh balik. Huwaaa..


Posted via Blogaway

Tuesday, April 1, 2014

Gigi geraham yang pecah tampalan nya..

Ngangaaaaaaaa..oh..mimpi ngeri kah ini
Aramakk..nak lari mana ni
Boleh? Ermmm...
Gigi poke aku kat dlm fb..nak poke back tak?

Gigi geraham aku ni ade 2 batang yang kena tampal. Al kisah nya,yang satu ni dah tersompeh masa aku makan kuih lapis semalam. Jadinya gigi tu telah menjadi tajam di sudut dalam tu. Terkena plak dengan lidah. Sakitttt. Lidah aku ni dah luka plak masa aku gosok gigi pagi td.

Macamane ni. Takkan nak tampal sekali lagi? Kompom kena gril lagi dalam. Ngilunya tak dapat ku bayangkan. Lidah aku ni kalau aku tengah ralit buat ape ape,die mesti sibuk nak main kat gigi tu..di luar kesedaran. Dia nak jugak menggodek godek gigi tajam tu.Aku bedung jugak lidah ni karang. Dah kalo ko bedung lidah,idak ke berjejeh ailiyo ko tu. Euwwww. Pengotoq taw dak.