Hey awak..buat apa tu.
Kalo takde keje meh sini. Kita nak menulis sikit. Kita tulis,awak baca ye. Janji tau! Jangan tipu. Nanti Tuhan marah. *mood jadi budak2 dah datang*
Intro macam budak tadika kan. Haha. Suzy. Ahli baru dalam keluarga aku. Beginilah kronologi kemunculan Suzy. Aku akan cuba menceritakan setiap detik dari awal hingga akhir bagaimana budak pompuan itu boleh ada di rumah aku sekarang ini dengan penuh perasaan. Plot nya agak saspen. Ko mampu menulis blog ada unsur saspen ? Hahaaha. Ok,serius balik.
Jumaat lepas,time rehat panjang tu,aku dan ira pegi giant. Kak iput halfday,ada hal. Ira juga terlibat dalam komplot yang complicated ini. Sori ira..apa pun yang terjadi,k.win takkan babitkan ira lagi lepas ni. Begini kisahnya. Aku tetibe terpandang seorang budak pompuan yang cute,yang sweet dan sopan. Mata nya bulat. Tersenyum. Aku suka tengok dia. Dia pendiam. Tapi cara dia memandang aku,seolah olah merayu-rayu untuk mengikut aku pulang. Kesian..aku dekati dia. Dia diam jugak. Tapi dia tak menunjukkan dia takut pada aku. Aku suka rambut dia yang di tocang rapi. Kemas. Bau nya tak wangi. Tapi tak jugak busuk. Lama jugak aku disitu. Hampir 10 minit. Aku berfikir panjang. Kalau aku bawak dia balik,bagaimana penerimaan izzara dan syana. Cemburu kah mereka?
Kalau mereka tak suka dia macam mana? Aku nak tinggalkan dia pada siapa? Zalim lah aku kalau aku ambil dia hari ni,tapi bagi pada orang lain esok nya pulak. Aku tak boleh zalim pada kanak2. Aku sepatutnya jadi pelindung mereka. Walaupun aku tak kenal dia. Aku nekad. Aku bawak dia balik dan aku akan cuba sedaya upaya untuk menerangkan pada izzara dan syana yang aku nak jaga budak tu. Aku tau ini kerja gila. Tapi aku kesian sangat kat budak tu. Aku ni memang cepat kesian. Takpe. Bawak dia balik dulu. Memang nekad. Masalah yang lain2 tu aku pikir kemudian.
Abis kerja,45 minit drive kete,hatiku berbelah bagi. Risau jugak. Setibenya di rumah,aku tunjuk kan pada syana budak pompuan itu. Serta merta,Syana terus peluk budak tu. Aku kelu. Tapi nampaknya syana suka sangat budak tu. Lega nya hati aku ni. Izzara pun nampaknya berminat nak berkawan dengan budak tu. Mujur. Aku bernasib baik. Tapi Cek Mail kelihatan agak kecewa. Mungkin sebab aku membelakangkan dia kali ini. Sorry my love. Its my fault,but i like her so much. Ampun kan dinda ye.
Syana menamakan dia SUZY. Semoga persahabatan mereka berkekalan. Semoga mereka berkawan baik.
-
-
-
-
-
-
Oh ya..Jangan risau. Aku tak culik budak tu. Aku tau menculik tu jenayah yang berat. Aku beli Suzy. Mereka yang jual dia. Ada banyak lagi budak pompuan yang sama macam Suzy di rak anak patung bahagian kanak2. Aku dah bayar RM 25 kat cashier giant tu.. Suzy tak perlukan my kid. Tak perlu sijil kelahiran. Nama Suzy tu akan terus digunapakai selagi syana mahu. Harap2 syana akan menjaga Suzy baik2. Cek Mail kecewa sebab dia cakap doll tu mahal. Mahal mende? Kisah ini agak saspen jadi aku dengan sewenang wenangnya mengklasifikasikan cerita ini 18SG. HiHihi..By de way, Welcome to my family,Suzy.
♡♡♡♡♡♡ Syana and Suzy..♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
No comments:
Post a Comment