Korang ada baca tak kisah remaja OKU yang di tinggalkan di rumah yang tak sempurna,kotor,penuh dengan najis dan sampah... luluh hati aku ni. Menangis. Sedih. Ya Allah. Ibu jenis apa ni sanggup kurung anak,layan macam binatang. Remaja tu dijumpai oleh pihak Imegresen semasa operasi 6P. Ya Allah. Kat buletin utama,ada cerita pasal budak tu.Melihat budak tu mengesot ngesot...lemah..rambut panjang tak terurus..baju mereput..seluar rabak...tak sanggup aku nak tengok lama2.
Pompuan kejam yang dikatakan ibu budak tu,memberi alasan kesempitan hidup. Kata dia,sebelum pegi keje dia ada tinggalkan makanan dalam polisteren. Whaaatttt? Ko tinggal je macam tu? Ntah2 last ko bagi makan kat dia pun tahun lepas kot. Yang aku pelik,anak kedua dia yang normal berumur 7 tahun tu elok pulak baju nya. Sihat segar bugar badan dia. Tak kurus kering pun. Tak de sampai nampak tulang pun badan nya. Soooo??? Kenapa yang oku tu dah macam apa je aku tengok? Aku marah sangat ni.. Seorang ibu sepatut nya melindungi anak nya. Harimau yang garang tu pun penyayang dengan anak nya. Ini pulak kita yang berakal ni. Pompuan tu bukan ibu. Jangan senang2 ko mengaku ko ibu.
Tunggu lah balasan menganiaya kanak2. Di dunia ni ko tak lepas. Di sana nanti,ko jawab la.
Semoga remaja oku tersebut diberikan hak yang sepatutnya. Hak seorang manusia.
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment