Saturday, June 7, 2014

Tempation of Wife... Argggghhhhhhh! Aku dah ketagihan!

Saspen je tajuk. Hehehe. Bior gempak kata orang. Menulis blog tajuk nya bior world! Isi nya sendu takpe... hahaha. Ketagihan ketum kahhh Azuin nih? Idokkkkk...


Aku dah ketagihan dengan cite filipino ni. Adehhh. Camne ni. Aku ni kalo dah tahap ketagih ni,wallpaper hp pun aku letak muke Marcel tu kang! Hahaha. Giler. Encem la hang ni Marcel! Jambuuuuuu. Jambu air masak ranum.


Sebelum ni cite Be Careful With My Heart tu,takdelah nak layan sangat. Tengok gitu2 je. Dah tu tv ada depan kaunter. Tak tengok kang rugi. Baik tengok ye dak. Letrik tiap2 bulan tetap bayor. Ngehngeh.

Ni kalo pukul 3 mula lah aku senget sikit kerusi aku ni...alih kan ke kiri sikit. Baru ngam dapat tengok tv full screen. Kalo tak tu,dapat tengok separuh je.


Kalo boleh start je cite tu,aku nak silentkan tepon ni. Boleh la tengok tv dengan aman. Kang kejap2 tepon menjerit-jerit kehisteriaan sunggoh tak tau malu...

Sekeh kang. Senyap seumur idup! Takpe...kerja didahulukan. Marcel diutamakan. 1 melesia. Huahuahua. Ketum sangat kau ni.


Ok...balik pada cite asal tadi. Aku punya fevret opkos la Marcel. Walopon dia tu nampak bingai,tapi dia cute terlajak larisssss!!! Bodoh kan pecaya bulat2 dengan Heidi ngokngek tu.

Angeline @ Chantal.. oh cantek nya kau...laksana bulan purnama.. hidung mancung,mata bundar,pipi pauh,kulit putih... Sekali imbas,wajah mu saling tak tumpah seperti aku. Kembar kah kita? ? Terlajak ketum dah ni. Ngihngih.


Heidi...sungguh pun ko jahat macam pompuan gila... ko tetap hot and gojes! Ai likeee. Tinggi,kurus,cute. Macam pensel 2B. Eh, apa kaitan?

Nigel,ko memang ensem.. tapi muka ko garang aku tak suka. Ko nampak ganas dan poyo! Badan ketak2. Tapi aku tak suka kau. Hahaha.




Konflik cinta 3 segi... dendam..irihati...khianat..geram giler aku dengan Heidi ni. Jahat! Perangai tak elok. Eiii. Nyampah.



Marian ni menang best actress untuk cite ni. Terer mehh?

Kalo aku tak sengetkan sikit kerusi aku,aku cuma dapat tengok separuh screen tv je.. jadi aku bertindak bijak dengan menarik kerusi ke kiri sikit...baru ngammmm! Bijak kan ai ni?

Ok...jangan lupa follow cite ni setiap Isnin hingga Khamis pukul 3 petang... hanya di tv3.

No comments:

Post a Comment