Friday, June 20, 2014

Jom Bersenam!

Tajuk best bunyik nye. Yuk bersenam yuk... indon plak aih. Akan tetapi nak melaksanakan.....hurmmm.. berat macam nak mengangkat dumbell 6kg kekdah nya. Ha,ni aku sajikan gambo2 aktiviti bersenam di taman malaysia,tapah. Last weekend ari tu. Hari sabtu. Pukul 8 pagi. Kot ada yang tak pecaya aku kurus sebab rajin bersenam kan. So,ini buktinya. Hahaha. Gigih aku bersenam sampei ketiak basah ok... Euwww. Pasti bushukkk. X pe,peluh pompuan x sehauk bau peluh jantan. Hahahaha. Jadi jangan pelik kalo aku ada letak sticker2 yang takde kena mengena dengan tajuk.. contoh nya sticker bintang kat ketiak..haha. Ambil maklum, ketiak aku basah ye.


Selalunya aku bersenam indoor. Dalam rumah. Aku ni ada tabiat segan nak aktiviti fizikal kat luar. Kalo joging dengan kengkawan,mesti aku buat2 semput. Tak nak lari terkangkang kangkang macam badak sumbu sumatera mencari air......Buruk la wei. Tergoyang sana tergoyang sini. Bergegar sana bergegar sini. Ko berlari kat depan, bontot ko pon berlari kat belakang. Hahaha. I dont want that...!! Jadi aku prefer bersenam dalam rumah. Ini aku bersenam ni pun sebab takde ramai orang time ni. Kul 9 lebih tu aku blah la sebab dah ramai plak orang yang lepakz situ. Maluuu.



Ready.. lompat bintang hokeyyy. Gaya kena eksyen sikit. Lompat bintang je pun. Dah macam nak terkentut pun ada. Haha.




Ko mampooooo Buat stretching Sambil dukung anak? Hahaha. I pro ok. Terer sedia ada. Sticker2 tu terpaksa di letakkan di part2 tertentu.. Dikhuatiri gambo tersebut mampu meningkatKan kemeluatan kome kat aku ...hahaha.




Regangan otot mampu meningkatkan kadar denyutan nadi Dan membakar lemak jika dilakukan secara berterusan. Giteww. Kevin zahri yang cakap. Aku iye kan aje....See,muka izzara pelik melihat aku terliuK liuk bagaikan lalang . Itu lah regangan badan, wahai anakku.



Nah..pose gedik sebijik. Bajet hot! Beng Beng.. tembak nak?





suka tengok gambo ni. Macam penat sangatttttt ghopenye. Haha..Gigih snap gambo spontan..;) So,aku joging sekali dengan lompat bintang je. Taichi pun aku buat gak. Tapi...aku tipu je...tang taichi tu.



Bersenam untuk kesihatan. Tapi cek mail ni,bini bersenam..dia berbuai laju2... buruk cek mail oiii. Turun lah dari buai tu. Dah.. moh balikkk. Anak nak makan tu. Kakak kalo jumpa papan gelonGsor.....bawak tilam bantal kat sini pun takpe. dok sini sampei malam pun dia ok.



No comments:

Post a Comment