Wednesday, December 17, 2014

Upin Ipin Sempena Cuti Sekolah

□ Tajuk :  Angkasa
 Tarikh Tayangan : 11 – 13 Disember 2014  -telah ditayangkan-
Masa : 5.30 petang (7 Minit) Siaran : TV9

Sinopsis: Pada suatu hari, sedang Ros menyiapkan projek Sainsnya, Upin dan Ipin cuba untuk membantu. Ketika itu, Upin dan Ipin mula membayangkan diri mereka sebagai angkasawan dan belajar banyak perkara tentang planet-planet serta fenomena kejadian siang dan malam di angkasa.



■ Tajuk : Hasil Tempatan
Tarikh Tayangan : 14 – 16 Disember 2014 -telah ditayangkan-
Masa : 5.30 petang (7 Minit) Siaran : TV9

Sinopsis: Upin, Ipin dan kawan-kawan didedahkan tentang kepelbagaian buah-buahan tempatan dan cara memakan buah-buahan tersebut melalui tunjuk ajar dari Opah, Ros, Tok Dalang dan Cikgu Melati. Mereka juga belajar tentang kepentingan buah-buahan tempatan kepada kesihatan mereka. 


□ Tajuk : Perangi Rasuah
Tarikh Tayangan : 17 – 19 Disember 2014
Masa : 5.30 petang (7 Minit) Siaran : TV9

Sinopsis: Upin dan Ipin mempelajari sesuatu yang baru iaitu rasuah. Mereka belajar bahawa terdapat pelbagai jenis rasuah dan mereka perlu jauhi dari terjebak. Mereka turut belajar bagaimana untuk melaporkan rasuah dan lain-lain. 


■ Tajuk : Terompah Opah
Tarikh Tayangan : 20 – 22 Disember 2014 
Masa : 5.30 petang (7 Minit) Siaran : TV9

Sinopsis: Upin dan Ipin bangga menunjukkan hadiah keychain terompah yang diberikan oleh Mei Mei, pada Ros dan Opah. Opah beritahu bahawa suatu ketika dahulu, Opah juga miliki dan memakai terompah seperti itu. Sebagai bukti, Opah tunjukkan terompah tersebut pada mereka. Setelah melihat terompah tersebut, Opah mula teringatkan zaman lalunya.


□ Tajuk : Pokok Seribu Guna
Tarikh Tayangan : 23 – 25 Disember 2014
Masa : 5.30 petang (7 Minit) Siaran : TV9

Sinopsis: Pada musim cuti sekolah, Upin dan Ipin dinasihatkan supaya mengisi masa lapang mereka dengan sesuatu yang berfeadah dan bermanfaat. Oleh itu, mereka telah pergi berjumpa Tok Dalang. Di situ Tok Dalang mengajar mereka tentang  berbagai kegunaan tumbuh tumbuhan.. ...

Hari ni episod baru...tengok taw...Tajuknya Perangi Rasuah..
Saya suka saya suka...kata Mei Mei!

* info cedok dari website Upin Ipin..ngehngeh...tq bro!

No comments:

Post a Comment