Sunday, December 28, 2014

Banjir dan Ujian Allah

Semua dah tau macam mana keadaan negara kita skang ni kan.

Banjir yang luar biasa.

Kematian. Kesejukan. Kelaparan.

Kalau kita tak mampu nak pergi sana untuk  tolong, kita derma lah apa yang patut.

Sedihhhh sangat. Perak turut terlibat.
Hubby aku bertugas sebagai penyelamat. Doakan keselamatan mereka yang terlibat ye.

Ni tadi dapat tau pesawat QZ8501 dah hilang. Mohon sangat,tak perlu ada yang menganalisis pesawat tu ke mana. Tak perlu lah gebang "oooo,pakcik aku yang keje dgn Air Asia tu ckp pesawat tu kena hijack"... Tak perlu. Spekulasi yang tak berasas di saat ini adalah sangat tak perlu.

Kita tau nasib MH 370. Ghaib. Hingga kini. Jadi cerita ATM bertungkus lumus prepare beratus ratus beg mayat masa cerita pesawat malang tu hilang ternyata tak benar. Spekulasi tak berasas. Beg mayat konon. Mana mayat nya??? Jangan. Kita bukan orang media. Kita hanya pengguna media sosial. Berita sahih lagi benar sahaja yang boleh kita sebarkan. Spekulasi? Tidakkk.

2014. Tinggal berapa hari je kita nak melangkah ke 2015.

Kita doakan yang baik2 ye.

Allah sedang menguji kita ni.

Kita buat lah yang terbaik.

Masa ujian di universiti,kita pulun kaw2 untuk dapat A++ kan? Ujian dari Pencipta kita ni,kita buat lah sehabis baik.

In sha Allah.

Allah ada. Pasti.

No comments:

Post a Comment